Seharian Bersama Hantu-hantu di Cool Ghost Museum Penang ( Seram Sejuk Dibuatnya Part 1 )
11:20 AMAssalamualaikum semua..
Harini nak story tentang pengalaman pertama Murni melawat muzium hantu. (ini bukan rumah hantu ya kawan2). Sebab kalau rumah hantu (Ghost House) Murni dah biasa masuk masa kat fun fair & pesta Penang..kikikiki. Jom kongsi pengalaman ini bersama Murni & geng2 #bloggerutara.
Apa Yang Menarik Di Cool Ghost Museum Penang??
Ghost Museum Penang ini merupakan muzium yang baru sahaja di buka di Pulau Pinang. Salah satu lagi tempat menarik jika kawan2 berkunjung ke Pulau Pinang. Muzium ini bukan sahaja menjadi tarikan buat pengunjung tempatan malah ramai juga pelancong asing yang datang untuk merasai sendiri pengalaman berkenalan dengan hantu2 dari pelbagai bangsa dan negara dalam muzium ini..Dan setelah masuk ke dalam muzium ini Murni yakin persepsi kawan2 semua terhadap hantu2 akan berubah 100%. Ape2 pon jom terjahhhh!!!
Cool Ghost Museum Penang ini terletak di 57, Lebuh Melayu, 10300 Pulau Pinang. Hanya 10 minit berjalan dari Komtar bagi memudahkan pengunjung datang ke situ. Dibuka Isnin hingga Jumaat 10am - 7pm, Sabtu, Ahad dan cuti umum 10am - 9pm.
Harga tiket. |
Sebelum memasuki muzium itu firstly kena bagi Danish dan Alysa kena buat sesi suai kenal dulu dengan maskot yang berada dekat depan pintu masuk. Maskot tu sangat comel. Mujur laa Alysa dan Danish tak takut dengan maskot tu. Siap main2 dan pegang2 lagi. Murni pulak naik risau takut terbalik maskot tu ditolak Alysa dan Danish. Alahai anakku.. anak kawan2 yang lain masih takut2 kamu berdua selamba jerr..
Danish!!! naper macam tu??? |
Kalau kawan2 perasan kat belakang Alysa ni ada satu tengkorak kecik. Tengkorak ni bila dipegang tangannya akan bergerak dan akan mengeluarkan suara dan matanya akan bercahaya. Mula2 tak berani nak pegang. Tetapi bila tengok budak2 ni duk pegang rasa macam lucu pulak..hihihihih
Ok, dah habis sessi suai kenal, Jom kita masuk...jeng jeng jeng!!!! Jangan tutup mata tau..teruskan scroll downn!!
Tengok kat atas bumbung!!! |
Ini adalah Orang Minyak!!! |
Ada cerita disebalik cerita orang minyak ini. Opss lupa nak cerita..Nanti akan ada tour guide akan mengiringi perjalanan kita ketika berada dalam muzium ini. Nanti diorang akan ceritakan satu persatu salah silah hantu2 ini..Kat bawah tu adalah En. Rizal tengah rancak beri penerangan kepada kami semua geng #bloggerutara. Thanks En. Rizal!!
Ok, Jom sambung lagi penjelajahan kita ke dalam untuk menemui hantu-hantu yang lain..
jeng!
jeng!!
jeng!!!
Ini adalah Pontianak!!! |
Korang nampak tak?? Danish dah nampak tuuuu!!! |
Nahhh ini adalah Toyol..kaler hijau eak??? |
Ini Langsuir pulak..Tapi bukan langsir tau!! |
Langsuir ini ada kat alang rumah memerhati perempuan bersalin!!! Serammm |
Perempuan nak bersalin keluar darah yang banyak!!! |
Danish tengok jerr...paham ke tidak Murni pon tak tahu..hihihi |
Yang ni Pocong (ada cerita menarik disebalik cerita pocong ni) |
Pocong ni Danish takut sikit..Hihihihi |
Hantu Pisang (ada cerita disebalik cerita hantu pisang ni) |
Baru perasan Hantu Pisang ni kendong bayi..hihihi |
Ini pula Penanggal (cerita tersirat disebalik cerita hantu Penanggal ni sangat menarik) |
Hati2 bawah jamban tu ada Hantu Jamban! Kikiki |
Pon ada cerita disebalik kisah Hantu jamban ni.. |
Adoiii, penat laa pulak nak cerita..Harini Murni post tentang hantu2 orang Melayu je laa dulu..Nanti Part 2 Murni akan sambung tentang cerita Hantu Jepun, Hantu Cina, Hantu Omputih & Hantu Mesir pulak. Lagi seramm tau..Tapi kalau kawan2 dah teruja nak berkenalan sendiri dengan mereka boleh jer terus ke Ghost Museum Penang sekarang..Rasakan dan alamilah sendiri pengalaman berkenalan dengan hantu2 ini..
Thanks....
14 ulasan
Bagus percutian yang menarik.
ReplyDeleteSeram tengok hantu pontianak tu langsuir tu hantu jamban pum ada ya yg pokok pisang tu lagi la
ReplyDeleteHantu jamban? Ooo..first time dgr..
ReplyDeleteAmboi, bestnya #bloggerutara
boleh mengigau malam macam ni..hehehehe
ReplyDeleteseram tgk gambar penanggal ngan asap2 tu
ReplyDeletemmg kecoh skit dlm tu kan hehe
tp weols mmg enjoy
Wah.. manage to catch part asap..
ReplyDeleteKite, terpegun ja time tu.. heeee
Maknanya muzium nie memperkenalkan kita tentang hantu2 la yer...
ReplyDeletearitu saya bawa kawan pi museum TOY. rasa macam buang masa la pulak berbanding melihat akuarium ikan, museum perang atau museum sejarah pulau pinang yang boleh meningkat tahap pengetahuan.
ReplyDeleteakak ni kannnnn cantikkkkk sangat. suka tengok walau anak dah dua. dah besar pun huhuhu.
ReplyDeletetetiba rasa teringin nak masuk ghost museum ni. nak tau salah silah sejarah macam mana dorang jadi hantu. hihihi
naseb la baca entri wktu siang....fuhhhhh
ReplyDeleteakak...gambar penanggal tue yg paling seram la.. pandai akak snap gambar..=D
ReplyDeletesonoknyer masuk muzium jumpa hantuu ;p
ReplyDeletebestttt pergi sini . mula mula masuk pelik kenapa kecik sangat n mase nak cari tu pun x jumpa sbb mcm rumah kedai . tp bila masuk dalam besar gak dua tingkat . tour guide kami pun kelakar je . try nak takutkan kami tp x de effect pun kat kiteorang . hahaha
ReplyDeleteteringat kt sini kita jumpa kali petama.. hehehe
ReplyDeletesenyum lebar