Dark Mansion Penang | The First 3D Glow In The Dark Museum in Malaysia
10:16 AMAssalamulaikum..
Cuti2 sekolah ni kalau berkunjung ke Utara Malaysia terutama Pulau Pinang ni..Murni nak perkenalkan satu lagi tempat yang sangat menarik dan merupakan tarikan terbaru yang ada di Pulau Pinang. Perkenalkan DARK MANSION - 3D GLOW IN THE DARK MUSEUM PERTAMA DI MALAYSIA..jadi jangan lepaskan peluang ini.
![]() |
Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum |
Kenapa Murni kata tempat ini sangat menarik..Memang menarik ponn..hehehe. Di Dark Mansion anda boleh melihat satu langkah ke hadapan dari teknik seni lukisan 3D yang mengubah lukisan 2 dimensi ke dalam imej 3 dimensi, Dark Mansion menggabungkan cahaya yang berkuasa gelap ke dalam lukisan untuk menjadikan ia satu yang unik. Selain itu, ia juga menggunakan kesan cahaya khas untuk mewujudkan peralihan siang kepada malam. Pengunjung boleh menyaksikan perubahan lukisan dengan cahaya dan menikmati lukisan yang sama dengan dua mood yang berbeza.
Dark Mansion menpunyai 2 tingkat. Bila masuk ke dalam Dark Mansion ini ia terbahagi kepada 5 bahagian iaitu My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood, Mysterious Tropical Pandora, Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting, The Infinity Room dan Stars and Moonlight. Jom kita terjah serba sedikit apa yang menarik dalam Dark Mansion-3D Glow in the Dark Museum.
My Toy Story - A Fun - Ride On Childhood
Di bahagian My Toy Story-A Fun-Ride On Childhood anda boleh bergambar dengan lukisan 3D yang mengisahkan permainan terkenal di zaman 80-an dan 90-an. Ada bermacam-macam jenis watak kartun antaranya Jigsaw Puzzle, Super Mario Bros, Tamagotchi, Army Men, Snakes and Ladders, Lego, Table Football, Barbie Doll dan banyak lagi . Hasil lukisan 3D di Dark Mansion pon sangat menarik dan cantik.
Tamagotchi
Super Mario Bros
Troll Doll
Lego
Army Men
Snakes & Ladder
Football Table
Selfie With Barbie Doll
Fighting Poster
Street Fighter
Claw Crane
Paper Doll

Mysterious Tropical Pandora
Dibahagian Mysterious Tropical Pandora pula kita di bawa meneroka hutan tropika yang penuh misteri dengan kesan cahaya di dalam gelap. Kita boleh menyaksikan metamorfosis tumbuhan menjadi makhluk hidup yang istimewa dalam beberapa saat. Dengan efek lampu Daylight dan Blackligt kita akan dapat hasil gambar yang berbeza-beza..tak caya cer tengok picture dibawah..hehehe
Acah2 Bercinta dalam Semak hahaha |
The Underwater World
Mak Duyung or Mak Dugong |
Stars and Moonlight
Stargaze di bulan! Dibahagian Stars and Moolight anda boleh menikmati keindahan malam berbintang dan boleh bertemu dengan zodiac anda di sana.
Sempena keesokan harinya 11/12/2016 anniverasary kami yang ke-8 tahun so kami ambik peluang ini untuk posing manti-mantik gitu (jgn muntah ijo naa). Konon2 dating kat bulan sambil mengira bintang. Ni baru betul HONEYMOON. Hahahahaha
Masterpiece of Edger Mueller-“Water and Fire” World-Class Painting
Di Dark Mansion, bahagian ini adalah yang sangat-sangat menarik. Di sini merupakan lukisan kaki lima Anamorphic yang terbesar di dunia yang bercahaya di dalam gelap lukisan dengan kesan khas peralihan siang dan malam oleh Edgar Müller. Memang teruja bila dapat melihat serta bergambar dengan lukisan yang amat menarik ini.
The Infinity Room
Di The Infinity Room anda boleh berjalan di atas jambatan bercahaya yang tidak berkesudahan dan menikmati suasana yang menakjubkan di mana langit itu ditutup dengan makhluk yang berkilauan.
The Butterfly Fairy
T-Rex
Kami sekeluarga enjoy sakan |
Terima kasih kepada pihak pengurusan Dark Mansion kerana menjemput team #projekbloggerutara merasai kehebatan hasil seni 3D yang paling canggih di Pulau Pinang ketika ini. Jadi kepada sesiapa yg berkunjung ke Pulau Pinang mesti datang sini.
Untuk berkunjung ke Dark Mansion ni, boleh refer map kat bawah, details pun ada kat bawah jugak. Kalau nak maklumat lanjut mengenai Dark Mansion, boleh refer SINI.
Opening Hours:
Everyday: 10am – 6.30pm (Last admission at 5.30pm)
Approximate Duration of Visit: 1 hour
Admission:
Adult RM20(M) RM27(F)
Child RM12(M) RM17(F)
Senior Citizen RM12(M) RM17(F)
Tickets are available from the Dark Mansion Counter. Please present proof of eligibility to enjoy special rate.
M - Malaysian, F - Foreigner
Address:
145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang, Malaysia.
Tel: (+60)4 – 251 9694
8 ulasan
Wahh cantiknya art. Tak pernah pulak tahu pasal Dark Mansion ni. Hari tu saya cuma pegi 3D street art museum.
ReplyDeleteWeeee bestnya kak murni..gambar semua meletopsss
ReplyDeletecomel ja 5 beranak ni...
ReplyDeleteAh tetiba rindukan Penang lepas baca Entry ini. Tak tahu pulak Penang ada new attraction ni...
ReplyDeletebyk sgt 3D/ interaktif museum skg ni kan
http://spitoutkata.blogspot.com
Tengok gmbar je pun dah rasa nak pergi. First time tahu. Tq share.
ReplyDeletelain dr muzium yg lain kan
ReplyDeleteswesstnya gambar kak dio
ReplyDeletedestnasi ni wajib!!! hiihihihihih
ReplyDelete