Ramadan Buffet 2018 di Olive Tree Hotel Pulau Pinang
2:07 PM
Ramadan Buffet 2018 di Olive Tree Hotel Pulau Pinang Dengan Tema "Citarasa Semenanjung"
Assalamualaikum..
Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi, Olive Tree Hotel Penang ada menyediakan tawaran yang istimewa untuk hidangan berbuka secara buffet. Bertemakan "Citarasa Semenanjung" jadi juadah juadah yang dihidangkan adalah istimewa dari pelbagai negeri dari utara sampai ke selatan Semenanjung Malaysia. Kalau tak percaya apa yang Murni katakan sila laa singgah untuk berbuka nanti. Memang segala hidangan yang sangat enak2 belaka.
Selalunya semasa berbuka kita akan memulakan dengan memakan pemanis mulut dulu. Selain dari buah kurma ramai yang suka makan kuih2 atau desert dulu. Di Olive Tree terdapat bermacam2 kuih dan desert seperti kek, kuih2 tradisional, keropok, sagu gula melaka, Bubur pulut hitam, Ketupat dan Rendang dimakan bersama Serunding Daging dan Serunding Ayam. Untuk minuman terdapat gerai untuk membuat Teh Tarik, Ais Kacang dan juga Leng Chee Kang.
Terdapat gerai Kebab. Bila kita nak makan boleh request mereka untuk buatkan. Memang sedap kerana masih panas dan segar.
Bagi peminat sup, di sini turut disajikan Sup Daging Madura dan juga Bubur Lambuk dan Bubur Labu untuk dimakan bersama roti.
Untuk menu utama "Citarasa Semenanjung" ini ada pelbagai. Dan semuanya sedap sedap belaka. Menu utama yang menarik perhatian di sini ialah Oxtail Osso Bucco iaitu ekor lembu, Sambal Udang Petai, Daging Rendang Tok, Sweet and Sour Fish, Mantis Prawn With Salted Egg, Gulai Nangka Ikan Bilis dan banyak lagi.
Menu ini akan sentiasa bertukar sepanjang bulan Ramadhan bagi mempelbagaikan citarasa dan juga bagi mengelakkan anda bosan dengan menu yang disajikan.
Tidak ketinggalan pelbagai kerabu turut disajikan untuk anda nikmati bersama hidangan berbuka anda. Dan yang paling suka adalah Kerabu Perut kerana kalau di Kelantan menu kerabu perut selalu menjadi perhatian.
Bukan itu saja, beberapa gerai aksi turut sama ada di sini. Anda boleh mencuba Mee Rebus, Thai Pataya Kebab, Satay Ayam dan Daging, Char Koay Teow.
Ini pula Kambing Golek dimakan bersama nasi Beryani. Memang sedap.
Ini pula hidangan ayam goreng dan pizza. bagi yang tak makan nasi boleh cuba ayam ini. Memang sedap dan rangup.
Dah habis makan boleh laa cuci mulut dengan buah2 atau rojak buah. Sambil sembang2 sambil makan rojak ni. Sedap.
Setelah mencuba semua hidangan di Olive Tree Hotel Penang ni, terus terang memang kena dengan selera Murni terutama Sambal Udang Petai, Rendang Tok, Oxtail Osso Bucco dan Kerabu Perut. Murni sangat berpuas hati dengan tema buffet kalini iaitu "Citarasa Semenanjung".
Buffet Ramadhan Citarasa Semenanjung
Bermula:
21 Mei hingga 13 Jun 2018
Jam 7-10 malam
Bertempat:
Selah Cafe
Harga:
Dewasa RM89
Kanak-kanak (5-12 tahun) RM49
Tawaran Istimewa:
10 Dewasa PERCUMA 1
4 Dewasa PERCUMA 2 Kanak-kanak (Weekends)
Untuk tempahan sila hubungi: 04-6377856
Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri
Bandar Sunway Tunas
11950 Bayan Lepas Pulau Pinang
Terima kasih kepada pihak pengurusan Olive Tree Hotel Penang kerana sudi menjemput dan menerima kunjungan kami.
2 ulasan
sdap yo la..tgk gambar sero nak jilat screen..haha
ReplyDeletenampak menyelerakan semua hidangan.
ReplyDeleteJanji Kita