Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yg masih seti follow blog Murni. Tahun ni sekali lagi Murni diberi peluang untuk review Ramadan Buffet 2024 di Hotel Royale Chulan Penang. Royale Chulan Penang menjemput korang semua untuk menyambut bulan yang mulia Bulan Ramadan bersama mereka. Kalini dengan barisan hidangan lazat yang menarik untuk memenuhi selera semua orang! Perkenalkan makan malam bufet Ramadan tahun yang dipanggil "Bufet Ramadan Warna Rasa" menyambut Ramadan 2024 dengan gabungan pelbagai hidangan tradisional yang sihat serta kegemaran Malaysia dan antarabangsa dari seluruh dunia yang akan tersedia sepanjang bulan Ramadhan.
Okay kita mulakan hidangan buffet kita dengan juadah pembuka selera terdiri dari pelbagai jenis masakan yang sedap2 dan pelbagai rasa serta citarasa. Bagi Murni juadah pembuka selera adalah sangat penting untuk mengembalikan selera kita setelah seharian kita berpuasa mungkin selera kita sudah semakin berkurang. Jadi setelah kita menikmati juadah pembuka selera selera makan kita akan kembali dan kita akan berselera untuk menikmati juadah2 yang lain. Okay laa jom kita lihat apakah menu pembuka selera yang terdapat di Ramadan Buffet Royale Chulan Penang.
Barisan istimewa bufet akan mempunyai pelbagai warna, tekstur dan perisa dan pelanggan akan dimanjakan dengan pilihan dengan penambahan beberapa hidangan 5 bintang seperti Kambing Panggang yang sentiasa popular yang membuatkan orang ramai kembali tahun demi tahun, Gulai Kawah Daging Utara, Ayam Masak Rose Kapitan, Ketam Masak Cili Royale (Chili Crabs), Sambal Tumis Siput Sudu, Ikan Bakar Corner, Kuzi Kambing Pantai Timu Bergajus, Ikan Bakar Seluruh, Kerang Emas Parut, Bawal Perak Goreng, Kaunter Roti Canai dan banyak lagi!
Dekat Luar terdapat pelbagai jenis gerai aksi..just lalu, order dan tunggu depa masak panas2 dan kita nikmati.
Hidangan bufet dilengkapi dengan pelbagai pilihan pastri dan pelbagai kurma dan jeruk juga, ditambah dengan pilihan pencuci mulut yang lazat seperti Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum, Bubur Kacang Hijau, Sago Gula Melaka, Aneka kuih tradisional Melayu dan banyak lagi. Ia sememangnya acara yang diberkati lagi mewah untuk 'berbuka puasa' bersama orang tersayang.
Royale Chulan Pulau Pinang mempunyai dapur yang disahkan halal oleh JAKIM dan kemudahan Surau juga disediakan untuk tetamu menunaikan solat.
“Bufet Ramadan Warna Rasa” akan tersedia dari 16 Mac hingga 8 April 2024 dan berharga pada RM129++ setiap dewasa dan RM89++ setiap warga emas dan setiap kanak-kanak. Hotel ini sedang menawarkan promosi early bird RM100nett yang boleh dibeli dari sekarang hingga 15 Mac 2024.
Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi 04 259 8888 (Bilik / F&B) atau WhatsApp ke 016 330 3408 (Tempahan F&B sahaja).