­
Coretan Murni Alysa : Rupanya Aku Hanya Menghidap Penyakit Syndrom Hypertension White Coat (Takut Doktor)

Rupanya Aku Hanya Menghidap Penyakit Syndrom Hypertension White Coat (Takut Doktor)

5:57 PM

Assalamualaikum..Dalam kesibukan bekerja dan menguruskan rumah-tangga serta anak2, Murni curi2 juga waktu untuk mengCoretkan sebuah lagi entry dalam Blog Murni Alysa kesayangan Murni ini..Dalam episode mencari kerja part3 Murni ada bagitau yang Murni hampir2 tak dapat kerja kerana gagal dalam sessi medical check-up..Haritu Murni tiba2 di Diagnose oleh doktor menghidap High Blood Pressure atau orang Melayu kita panggil Penyakit Darah Tinggi..Huhuhu,muda2 lagi dah ada Penyakit Darah Tinggi..Walaupun Murni ni kurus keding pun ada darah tinggi juga ke???..Berat badan Murni pun hanya 46kg manakala tinggi 160cm..Kalau kira BMI Murni ni diparas 'Underweight' gitu...huhuhu.






Tapi siapa sangka kan???..Tak mustahil orang yang kurus pun ada masalah darah tinggi dan jantung juga kan??? kuasa Allah tiada siapa dapat menghalangnya..Jadi, setelah diterima bekerja Murni masih tertanya2 betul ke yang Murni ni ada darah tinggi..Murni kata begitu bukan kerana tidak mahu menerima ketentuan Qada' dan qadar dari Allah..Yang menghairankan Murni bila tiap2 hari Murni check BP dekat rumah bacaan normal je..Tapi bila Murni check dengan Doktor atau staff nurse bacaan tiba2 jd tinggi..Suami pun naik hairan..Dia kata kalau orang yg betul2 BP High bila hari2 check bacaan mesti tinggi..Kalau macam kes Murni ni doktor nak bagi ubat pun susah..So dia suruh Murni sabar dan teruskan check BP tiap2 hari selama 2-3bulan..Dan selama tempoh itu memang sah la Murni bebas dari penyakit darah tinggi...Sebab tiap2 hari bacaan tekanan darah Murni ok je..dalam lingkungan 120/80..+-10 je..Alhamdulillah. Syukur padaMu ya Allah




Tapi Murni masih tidak berpuas hati..Murni pun terus menGoogle..dan menjumpai satu artikel tentang Hypertension White Coat. DISINI..Dan dalam keratan akhbar itu ada mengatakan :



"Di kalangan pesakit yang datang ke klinik atau hospital dan dikatakan mengidap darah tinggi, lebih kurang 20 peratus daripada mereka mempunyai tekanan darah yang normal apabila diperiksa sendiri di rumah."






"Golongan ini dinamakan ‘white coat hypertension’ (hipertensi kot putih). Biasanya doktor akan menggunakan alat pemantauan automatik yang boleh digunakan di rumah selama 24 jam untuk mengesan golongan ini (24 hours ambulatory blood pressure monitoring)."



Oooo baru laa Murni tau punca sebenar kenapa tiba2 Murni ada darah tinggi..Sebab sebelum ni masa mengandung dua orang anak pun tak ada masalah tu..Kalau betul Murni ada darah tinggi mesti laa masa mengandung pun ada.






HIGH BP yang Murni alami adalah mungkin berpunca dari perasaan gemuruh dan takut yang melampau yang Murni hadapi pada masa tu..Memang betul Murni takut sangat2 dengan hospital.. Tambah2 lg masa Murni kena monitor BP selama seminggu haritu Murni kena check dekat A&E Department..Masa tunggu untuk check BP tu, hari2 Murni akan jumpe kes2 kecemasan dekat situ..Orang eksident datang dengan luka2 dan darah2 laa, ada kes kematian laa..Ahli keluarga(India) dok meratap menangis kat luar pintu bilik laa.. betul2 depan mata Murni..mau Murni tak takut..Dah laa environment hospital dengan sejuk dan bau ubat...ohohohoho.. Dan jumpa doktor pun ala2 muka serius gitu..Terus jantung berdebar macam nak pecah jantung..Muka pucat lesi..Kaki tangan sejuk macam ais..Pernah ada staff nurse tanya "awak takut ke"??? Hihihihi Lawak laa pulak bila ingat..






Tapi loni selepas 2-3bulan kerja Murni dah biasa dah dengan keadaan Hospital so dah takda takut2 dah...Tapi Murni masih risau..Murni rasa Murni kena perbaiki juga masalah ni..sebab masalah High BP ni bersangkut paut dengan jantung..Dan kalau jantung ada masalah boleh jadi stroke atau heart attack jika Murni tiba2 berdebar atau terkejut. Jadi doktor nasihatkan berjaga2..






Doktor juga suruh supaya Murni kurangkan memakan makanan masin dan berminyak..Mungkin sebab sebelum ni cara Murni masak hari2 kira nak sedap je..so bubuh macam2 laa dalam masakan...huhuhu..Bahaya betul..Lepas ni kena banyak study pasal makanan seimbang laa...InsyaAllah..








Disamping itu Murni juga doktor suruh Murni buat senaman 2-3 kali seminggu..Adoi laa mana laa Murni ada masa untuk semua tu..Murni akui Murni memang tak suka bersenam..Tambah2 lagi jadi suri rumah duduk je kat rumah mana ada keluar peluh..







So bila dah bekerja ni Murni gunakan tempat kerja di Hospital ni untuk bersenam..Caranya tersangat mudah..Tiap2 hari Murni akan pastikan Murni akan panjat naik dan turun tangga setiap kali ketika pergi meronda dekat peLbagai ward dekat Hospital..Untung juga kerja Murni sebagai Biomedical Technician ni sebab Murni dapat Pass untuk pergi & masuk ke semua Ward dan semua Department dekat hospital ini..Kerja Murni pergi sana untuk pantau tengok Vendor Buat service machine2 kat hospital ini..So takda laa Murni nak dok diam je dekat office setiap hari..Murni boleh rancang sendiri kerja Murni..samada nak duduk office buat report waktu pagi dan keluar jalan2 ke ward untuk attend breakdown waktu petang..selalunya Murni pergi meronda waktu petang selepas lunch..So takda laa mengantuk dan perut pun tak buncit sebab dengan naik tangga kita boleh bakar kalori juga..Kalau kawan2 nak tahu Hospital Lam Wah Ee ni ada 7 tingkat..hihihi paham2 sendiri laa...Tepuk dada tanya selera..kalau penat boleh baik lift..hihihi




Lagi satu penyebab murni tiba2 ada High Bp tu mungkin sebab stress..Sebab murni selalu dengar kalau kita selalu marah2 kita akan naik darah...hihihi..Mungkin sebab itu juga laa.. kerana Murni haritu selalu stress dengan anak2 yang semakin besar & memBUass..Hari2 stress lama2 Jantung pun turut stress..hihihi.So lepas ni Murni dah tak boleg stress2..hihihi





Selain dari nasihat doktor Murni juga ada search tentang vitamin dan supplements untuk mencegah penyakit darah tinggi..Murni pilih supplement kerana Murni kalau boleh tak mahu mengambil ubat hospital..Kerana ubat hospital bukannya mengubat, ubat tu hanya menghalang tekanan darah dari naik je..Tapi kalau kita stop makan ubat tersebut tekanan darah akan naik lagi tinggi..Lagipun bila kita dah ambik ubat hospital ni secara berterusan, lama2 kemungkinan buah pinggang kita akan cepat rosak kerana hari2 buah pinggang kita akan menapis ubat2 itu..Lama2 boleh rosak laa...Jadi bila kita ambik supplement yang berasaskan organik, insyaAllah takkan merbahayakan organ kita..ini kerana supplement ini adalah untuk mencegah..Bukan ke orang kata "Mencegah Lebih Baik Dari Mengubat" Allahuallam!!!



Setelah puas mencari..Akhirnya Murni bercadang untuk mencuba produk Shaklee..Kenapa Murni pilih Shaklee??? Supplement apa yang Murni ambik??? Berkesan ke tak??? InsyaAllah Murni akan kongsikan dalam next entry Murni..Terima kasih banyak2 kepada kawan semua kerana sudi membaca Coretan Murni Alysa ini..Semoga berjumpa lagi..Assalamualaikum.









Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. Ohhh kira mcm drah gemuruh la ni ye kak murni. Mcm kira dulu gitu la. Asal check bp dekst klinik mesti tgn jadi seuk besi. Selalu mcm tu. Tp xnaik pun bp. Jadi low pulak bp. Tekanan drah rendah tiap kali check tu

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang