Rumahku Syurgaku Part 1
8:48 AM
Bismillah..Alhamdulillah harini diberi masa untuk meng'update' belog kesayangan ini..Harini nak story sket laa tentang Rumahku Syurgaku. Setiap orang mesti ada rumah untuk berteduh..tak kisah laa rumah itu kecik atau besar..rumah adalah permulaan untuk sebuah kehidupan. Walaupun pondok buruk pon masih dikira sebagai rumah..kerana disitu la tempat kita berteduh..Sape setuju angkat tangan..hihihi
Sebenarnya segan juga nak bercerita ni..kerana agak terlewat dah umur dah 33tahun baru nak beli rumah..orang lain baru umur 25-26 dah ada rumah sendiri..Dah laa rumah yang Murni beli ini masih dalam pembinaan..makan masa juga laa baru siap..Rumah ini dijangka siap bulan 10 2016. Tapi tak apa laa sementara runggu rumah ni siap sempat laa Murni suami isteri kumpul pitis (duit) untuk persiapan kelengkapan dalam rumah nanti.Hihihihi
Sebenarnya kami suami isteri tak bercadang pon nak beli rumah dekat Penang ni.Kerana kami suami isteri memang berasal dari Kelantan dan Murni dah bekerja dan menetap di Penang ni lebih kurang 10tahun dah. Dari bujang dan sampai laa sekarang anak dah dua orang.. Cadangnya kami nak balik beli rumah dekat Kelantan laa..Tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan..
Masa bujang Murni tinggal menyewa je di Penang ni bersama kawan2. Selepas berkahwin rezeki Murni murah kerana suami dapat kerja di Penang juga. Suami bekerja sebagai Medical Assistant di Klinik Kesihatan Bayan Lepas dan juga layak untuk duduk di Kuarters. Maka bermula laa kami tinggal di kuarters klinik tersebut sampai laa sekarang..Dah nak masuk 7 tahun dah laa...Mmmm lama juga..
Kenapa tiba2 kami tukar plan untuk beli rumah kat Penang ni pulak sedangkan rancangan asal mahu pulang menetap di kampung halaman di Kelantan..Puncanya adalah:
- Pertama: Suami telah putus asa untuk minta tukar penempatan kerja di Kelantan..Termasuk tahun lepas sudah 6kali dia memohon tetapi masih gagal. Mmmm dah tak ada rezeki nak buat macam mana kannn..
- Kedua: Kerana Murni dah dapat kerja di Hospital Lam Wah Ee..iaitu Private hospital..Jika kami balik duduk di Kelantan Murni terpaksa berhenti kerja..Huhuhu..
- Ketiga: Penang ni Negeri yang sangat pesat membangun. Sekiranya kami beli rumah loni pun tak rugi kerana harga nilaian rumah itu akan naik harga dengan cepat. Jika tua2 esok kami mahu balik tinggal di Kelantan pon rumah ini masih boleh diberi sewa.
- Keempat: Rumah yang bakal murni duduki ini adalah lot Bumi..Maknanya akan dihuni oleh orang Melayu sahaja. Pastu harganya pon lebih murah dari yang biasa kerana kami diberi syarat tak boleh jual rumah kami tu selama 10tahun kepada warga Non-bumi..hihihi
32 ulasan
wahh,, takpe kak. tak payah malu. rezeki masing2. janji tak susahkan org lain. huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah adeq Cikk Mimin..kalu laguni lagi semangat laa akak nak update pasal Rumahku Syurgaku!!
Deletewah, cantik tu kalau dah siap. hehe.
ReplyDeleteThanxz..InshaAllah..Lepas ni jenuh nak mendeko-deko laa pulakk..kikiki
Deletenice cantik. saya pun sekarang plan nak beli rumah hehehe
ReplyDeletetahnks dik..jom beli cepat nanti kita sama2 men'deco
Deletehuhuhuhu... rumah ada swimming pool... bestnya...
ReplyDeleteswimming pool tu idea suami..konon senang nak bw anak2 berendam..hihihih
Deleterezeki masing masing kak. Tapi alhamdulillah akak da ade aset :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih dik
DeleteAlhamdulillah..semoga family sis dilimpahkan lg rezeki..amin =)
ReplyDeleteAamiiin! terima kasih sudi mendoakn..
DeleteAlhamdulillah..takpelah Murni.. janji ada rumah utk tempat kita berteduh kan.. mesti tak sabar nak tunggu rumah baru siap..:)
ReplyDeleteThanxs dear..tau takpe..tiap2 minggu lalu kot ctu nak tengok progress rumah tu..hihihi
DeleteSetuju! Penang harga cepat juga naik after KL ;)
ReplyDeleteya..harga rumah dekat Penang ni naik cepat..huhuhu
Deletecantiknya rumah.. alhamdulillah.. rezeki..
ReplyDeleteTerima Kasih..Alhamdulillah..
Deletemana-mana duduk pun...takkan dilupakan tempat kelahiran...ada rezeki masih dapat pulang ke Kelantan kan...
ReplyDeletecantik design layout rumah! :)
setuju sangat dengan sis Sally.. InshaAllah kalau ada rezeki masih boleh balik duk sana tua2 esok..sebab nak dekat dengan keluarga..
DeleteZumal suka rumah gini, rumput tak payah tebas. Hihi ^-^
ReplyDeleteBetul tu Zumal..Murni loni dok rumah bawah (kuarters JKR)..memang rumput selalu kena potong, pastu dah beberapa kali dimasuki binatang liar ( ular,biawak & mengkarung) dan juga orang liar (pencuri). Murni rasa klau rumah apartment ni ada security jg selamat sket
DeleteAssalam murni,
ReplyDeletehe3
rege biorla rahsia yer :P
waalaikumsalam..harga biasa2 je k.Sha..nak beli mahal2 x mampu ler kat penang ni..huhuhu
Deletesalammurni,mcmana u apply utk rumah lot bumi tu?website tu mcm link salah
ReplyDeletewaalaikumsalam.. boleh temgok link ni http://www.jkpsb.com.my/v4/index.php?page=detailproperty&prid=102
Deletecantikkk langkaran gambar tu mesti dah siap nanti lagi cantik... kemudahan yg disediakan pun ok... lepas ni berenang sokmo la hihihi
ReplyDeletemolek la..tuke design pun asal klate jg
ReplyDeleteyup arkitek ore kelate
DeleteInsyaAllah berjiran la kita nanti....awak blok A ke B
ReplyDeletebtul ka..bestnyer..saya blok B..dengar citer bln 6 thn dpn baru siap kot..huhuhu
ReplyDeleteLambat siap.. bulan 6 tahun depan br siap..
ReplyDelete