1st Time Makan Phytofood ESKAYVIE NUTRELLE
8:47 AM
Assalamualaikum..Entry lepas Murni ada cerita tentang Happy Bag dari Guardian DISINI. Salah satu isi kandungan yang Murni dapat adalah Phytofood ESKAYVIE NUTRELLE. Yang paling best dapat satu kotak. Sekotak ada 20 sachet. Alhamdulillah rezeki.
Kebetulan malam tadi husband nak try makan. Murni pon bancuh laa untuk dia. Murni tak nak makan sebab murni dah makan Alfafa Shaklee untuk DETOX. Jadi cepat2 laa bancuh untuk dia.
Murni bancuh dengan air sejuk biasa jer. Jenuh kacau sebab berketul-ketul. Murni sengaja tak nak guna Shaker Shaklee. Dan rasanya boleh tahan juga. hihihi.
Dan keputusannya..Hihihi.. Sangat-sangatlah superrrb. Suami pagi2 lagi dah 'membuang'. Dia kata kosong clear semua ape yang dia mkn semalam. maklum laa semalam adalah hari Ahad. Macam2 dia makan laa kalau cuti dan kuar jalan2. Jadi Phytofood Eskayvie Nutrelle ni sangat bagus laa untuk Detox usus. Hihihihi
Disini ada sedikit penerangan tentang produk ini. Jenguk2 ler
APA ITU ESKAYVIE NUTRELLE ?
- Nutrelle ialah formulasi terkini bagi membasmi dan membersihkan toksin serta pencemaran dalaman bagi pemulihan kesihatan, kecantikan dan kecergasan yang sempurna dengan 4 Fasa Kesejahteraan
Apa Tanda-tanda Pencemaran Toksin Dalam Badan?
- Sakit kepala/migraine
- Kulit kusam dan alahan kulit
- Letih dan kurang bertenaga
- Sering jatuh sakit
- Mengalami penyakit kronil
- Obes atau susah untuk turun berat badan
KELEBIHAN ESKAYVIE NUTRELLE:
Fasa 1 : Detoksifikasi
- Membersih usus, hati dan darah
- Membantu penyerapan zat dan nutrisi
- Mengawal kolesterol, hipertensi dan diabetes
Fasa 2 : Pemulihan
- Menguatkan sistem imun
- Atasi gejala alahan dan ekzema
Fasa 3 : Mengoptimumkan
- Membantu proses penghadaman lengkap
- Mengatasi keletihan, kelesuan, angin, kembung dan pedih ulu hati
Fasa 4 : Rejuvenasi
- Melawan radikal bebas
- Awet muda dan sihatkan sistem kardiovaskular
- Meningkatkan kecerdasan
KANDUNGAN ESKAYVIE NUTRELLE :
- Plurifiber BlendTM (Spirulina platensis, Oryza sativa, Plantago ovata, Agropyron cristatum)
- Pribiotics (Lactobacillus acidophilus, L. Casei, L. Plantarum, L. Rhamnosus, B. Lactis, B. Longum, B. Bifidum)
- Enzymax ComplexTM (Amylase, Protease, Lipase, Lactase, Cellulase)
- Klorofil
- Selenium
- Manganase
- Magnesium
- Kalsium
- Zat Besi
- Multivitamin (A, B kompleks, C, D, E)
- Tryptophan
CARA PENYEDIAAN ESKAYVIE NUTRELLE :
- 200 ml air biasa atau air sejuk(kalau nak sedap sikit) untuk satu sachet/pek dalam gelas atau shaker. Kemudian, bancuh atau goncangkan sebelum minum agar sebati.
- Diminum SEKALI SAHAJA DALAM SEHARI pagi atau malam. 1 sachet/pek sehari.
KHASIAT LAIN ESKAYVIE NUTRELLE :
- Melegakan kembung angin dan pedih ulu hati
- Menyempurnakan penghadaman, pencernaan dan penyingkiran sisa toksid
- Mengatasi alahan dan gatal-gatal kulit
- Meningkatkan sistem immun dan memberi tenaga
- Membekalkan dan memaksimakan penyerapan nutrisi
- Membantu melangsingkan tubuh
SOALAN LAZIM TENTANG ESKAYVIE NUTRELLE
- Bagaimana cara TERBAIK untuk saya amalkan NUTRELLE?
- Disarankan agar diambil sebelum makan malam antara jam 6 petang hingga 8 malam.
- Campurkan isi kandungan paket kedalam 200mL air sejuk (atau suhu bilik) untuk menikmati minuman yang lazat.
- Untuk hasil yang lebih baik, pastikan pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Bila saya akan melihat kesannya?
- Kesan untuk melegakan sembelit biasa dapat dilihat selepas 6 - 10 jam selepas pengambilan pertama.
- Walaubagaimanapun, kesannya berbeza pada setiap individu, tetapi anda akan merasa perubahan pada diri anda dalam minggu oertama pengambilanan NUTRELLE.
- Pergerakan usus akan dapat dirasakankan pada 2 - 3 hari pertama dengan kekerapan membuang hadas mungkin meningkat kepada 3 -4 kali sehari. Selepas itu proses pergerakan usus akan menjadi lebih stabil dengan proses pembuangan akan berlaku biasa 1 - 2 kali sehari.
Apakah perlu untuk mengambil lebih dari satu paket sehari?
- Satu paket sudah mencukupi.
- Setiap paket mengandungi sukatan yang mencukupi untuk proses detox bagi badan anda.
Siapa yang disarankan untuk mengambil NUTRELLE?
- NUTRELLE sesuai untuk diambil oleh kaum lelaki dan wanita yang berhasrat untuk memperoleh "KESEMPURNAAN dari dalaman" agar dapat sentiasa mengekalkan kesihatan usus pada tahap optimum.
Adakah NUTRELLE disarankan kepada wanita hamil?
- Walaupun NUTRELLE mengandungi bahan semulajadi, namun adalah disarankan agar pengguna mendapatkan khidmat nasihat dari pakar sebelum pengambilan.
Adakah NUTRELLE disarankan kepada wanita yang baru lepas bersalin?
- NUTRELLE boleh diambil oleh wanita yang baru lepas bersalin. Malah NUTRELLE dapat membantu wanita yang selepas bersalin yang pada biasanya menghadapi masalah sembelit.
Adakah NUTRELLE disarankan kepada wanita yang menyusukan bayi?
- NUTRELLE mengandungi bahan semulajadi dan pengambilan NUTRELLE tidak akan memberi kesan kepada bayi yang menyusu.
Adakah LELAKI disarankan untuk mengamalkan NUTRELLE?
- Sudah tentu..!!!! Kami yakin kaum lelaki tidak ingin ketinggalan dan menikmati kesan kesihatan pada tahap optimum.
- Perlu dijelaskan di sini bahawa NUTRELLE tidak mengandungi sebarang hormon wanita yang boleh menjejaskan sifat kelakian mereka.
Berapa umur yang sesuai untuk memulakan amalan NUTRELLE?
- Kami mencadangkan ia diambil seawal 20an untuk mengekalkan usus anda berada pada tahap optimum.
- Ini kerana pada umur 20an dan ke atas, kekerapan pendedahan kepada pencemaran adalah lebih tinggi.
Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?
- Tiada sebarang kesan sampingan. Namun, akan berlaku sedikit krisis pemulihan pada sesetengah individu.
- Ini merupakan proses biasa yang dipanggil detox. Jangan takut, teruskan pengambilan atau boleh hubungi saya sendiri untuk kepastian.
Bolehkah NUTRELLE diamalkan dengan selamat pada jangkamasa panjang?
- YA...!!!! Semua bahan yang digunakan adalah semulajadi dan selamat digunakan dalam tempoh yang panjang.
Adakah berat badan akan bertambah selepas pengambilan NUTRELLE?
- TIDAK.Malah mungkin sebaliknya.
- Kandungan NUTRELLE adalah rendah kalori dan ia membantu dalam pembakaran lemak ketika bersenam.
- Proses membersihkan usus yang dilakukan oleh NUTRELLE akan mengeluarkan sisa-sisa lebihan dalam badan dan ini juga dapat meningkatkan metabolisme secara tidak langsung.
- NUTRELLE juga membina jisim otot. Lebih banyak otot akan membantu meningkatkan kadar metabolisme dimana ia akan meningkatkan kadar pembakaran lemak dan seterusnya memudahkan kawalan berat badan.
Sekiranya saya berhenti mengambil NUTRELLE, apakah yang bakal berlaku?
- NUTRELLE tidak menyebabkan ketagihan.
- Namun, proses anti oksidan perlu dilakukan secara berterusan.
- Sekiranya NUTRELLE tidak diambil, badan perlu melakukan proses detox secara semula jadi dan kemungkinan toksin-toksin baru akan melekat semula pada dinding usus disebabkan oleh pencemaran sekeliling.
Adakah NUTRELLE HALAL?
- Ini yang sepatunya kita perlu KETAHUI...NUTRELLE telah memperolehi SIJIL HALAL dari JAKIM dan sesuai diambil oleh semua individu.
5 ulasan
Ermmm menarik..
ReplyDeleteWow..menarik..macam kena bg en.hubby makan nie..
ReplyDeleteAssalam murni,
ReplyDeletehe3
seb baek membuang sebelum gi kojer yer
menarik
ReplyDeleteSy dh cuba eskayvie detoks ni..mmg rs ringan sgt bdn...hihi pas mkn je dia flushed out semua..haha terbaik.
ReplyDelete