­
Coretan Murni Alysa : Baik Buruk Didikan Permisif

Baik Buruk Didikan Permisif

3:53 PM



Membesarkan anak sememangnya suatu tugas yang berat dan bukan semua orang sanggup memikulnya. Mendidik anak memerlukan pengalaman dan mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk memahami teknik terbaik.

Sepanjang membesarkan anak, ibu bapa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ada kalanya mereka juga buntu mengenai kaedah mendidik anak dalam usaha melahirkan insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Semua orang mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza. Ada antaranya begitu tegas, tetapi ada pula yang terlalu berlembut, menghasilkan karakter berbeza dalam diri setiap anak.

Bagi sesetengah ibu bapa, mereka lebih selesa mengamalkan gaya keibubapaan permisif iaitu memberi kebebasan penuh kepada anak untuk membuat keputusan sendiri.

Gaya keibubapaan sebegini membuka peluang kepada anak melakukan apa saja yang disukai, malah menetapkan peraturan sendiri mengikut kata hati mereka misalnya waktu tidur, jenis makanan kesukaan atau sama ada mereka mahu menyiapkan tugasan di sekolah ataupun tidak.

Ibu bapa yang mengamalkan gaya membesarkan anak sebegini bukannya tidak mempedulikan anak mereka, tetapi mereka selalunya sangat menyayangi anak sehingga dilihat oleh orang luar sebagai merosakkan anak masing-masing kerana tidak menekankan soal disiplin.

Ibu bapa yang membesarkan anak secara permisif juga biasanya lebih cenderung menjadi rakan anak mereka, bukannya menjadi ibu bapa dalam erti kata normal.

Keibubapaan permisif mempunyai keburukannya biarpun kasih sayang yang diberi kepada anak tidak ada batasan. Antara keburukannya apabila anak kecil tidak mendapat panduan jelas mengenai perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan menyebabkan mereka keliru, sedangkan bagi anak yang membesar, amat penting mereka mendapat bimbingan yang jelas.

Kanak-kanak yang dibesarkan dengan cara ini juga sukar menyesuaikan diri dengan keadaan yang memerlukan mereka mengikut peraturan kerana tidak biasa menerima arahan.

Selalunya kanak-kanak yang dibesarkan secara permisif tidak gemar berkongsi atau bersosial, menyebabkan mereka kemungkinan sukar menjalin persahabatan.

Mereka juga didapati mudah terbabit dengan gejala sosial kerana kurang memahami peraturan yang ditetapkan atau tidak dapat menerima undang-undang di sesuatu tempat.

Bagaimanapun, membesarkan anak secara permisif tetap mempunyai kebaikannya sendiri kerana ia memberi peluang kepada ibu bapa lebih hampir dari segi emosi dan memahami fikiran si anak terutama ketika mereka melalui saat sukar sebagai remaja.

Komunikasi antara anak dan ibu bapa permisif boleh berlaku dengan lebih mudah terutama kerana anak tahu ibu bapa sangat menyayangi mereka dan mereka boleh meluahkan apa saja.

Anak sebegini juga selalunya mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan mereka tahu ibu bapa akan menerima mereka seadanya walau apa pun yang terjadi.

Gaya keibubapaan permisif bukan dilakukan secara sedar, sebaliknya lahir daripada perasaan kasih sayang yang amat mendalam hingga membuatkan ibu bapa berasa cara membesarkan anak sebegitu adalah terbaik mengikut pandangan mereka.


Artikel Menarik Yang Lain

5 ulasan

  1. haaa betul, bukan senang kan.. setiap parent pasti nak yg terbaik.. cuma cara didikan kita tu berbeza tapi motif tetap jugak sama...

    ReplyDelete
  2. Assalam murni,
    sayangkan anak tangan2kan :)

    ReplyDelete
  3. kitorang jenis yang permisif dan tegas. dedua ada :D

    btw akak ni cantikkkkkkkkkk sangat. suka tengok

    ReplyDelete
  4. Sha jenis tegas..huhuhu..ayahnya permisif..so balancelah kot..

    ReplyDelete
  5. sm mcm kiera...dedua sifat ada...apa yg x kena mmg akan mrh

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang