Batuk Cepat Sembuh dengan Omega Guard dan Vitamin C
11:56 AM
Assalamualaikum pembaca coretan Murni Alysa semua..Murni doakan semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera sokmo. Alhamdulillah harini Murni rasa dah sihat sedikit. Tiga hari lepas Murni dilanda batuk yang teruk juga sampai kerongkong rasa perit dan kehilangan suara..Huhuhu. Setelah jumpa doktor di Hospital Lam Wah Ee, Murni dapat 2 jenis ubat. Nak tahu ape ubat tu boleh baca DISINI.
Tetapi harini Murni nak cerita sedikit macam mana batuk Murni cepat sangat sembuh dalam masa 2-3 hari sahaja. Sedangkan setengah orang dah berbulan2 mengalaminya tetapi susah sangat nak sembuh. Dah bermacam2 ubat dan PETUA dah cuba tapi masih lambat sembuh. Alhamdulillah Murni juga amalkan memakan supplement Shaklee untuk mempertingkatkan sistem imunisasi badan Murni. Murni amalkan memakan Omega3 Omega Guard dan juga Vitamin C Shaklee.
Bukan Murni tak makan ubat batuk yang diberi oleh Hospital haritu. Murni makan pada malam pertama batuk. Murni terus tertidur tak sedar diri. sedar2 dah pagi suami kejutkan untuk sembahyang subuh. Sebelum ni tak pernah Murni tidur pengsan macam tu. Selalunya Murni akan sedar sebelum jam loceng berbunyi..Hihihi. Bila bangun pagi badan rasa letih sebab rasa macam masih tak cukup tidur. Bila pergi kerja masih rasa mengantuk mungkin kesan ubat batuk tu masih belum hilang. jadi suami nasihatkan Murni jangan makan lagi ubat batuk tu. Takut Murni mengantuk masa bawak kereta balik kerja nanti.
Alhamdulillah masuk harini adlh hari ke-3 Murni mengamalkan Omega Guard & Vitamin C.. Dan batuk Murni dah berkurangan. Kahak dalam tekak pon dah kurang. Dada pon dah x rasa sakit dan kerongkong pon dah tak perit. Cuma sekali sekala ada juga batuk tapi tak laa seteruk 2-3hari lepas. Lega sangat2..hihihihi
Jom kita lihat bagaimana Omega Guard dan Vitamin C boleh membantu masalah batuk berkahak:
- Omega Guard berfungsi mencegah keradangan pada saluran pernafasan yang menyebabkan batuk serta selsema.
- Membantu melegakan saluran pernafasan dengan mencairkan kahak.
- Omega Guard dan Vitamin C juga membantu melancarkan peredaran darah serta penghasilan agen anti-radang bagi menguatkan sistem imun tubuh.
Berminat nak cuba rawat batuk/selsema dengan Omega Guard dan Vitamin C dari Shaklee, kawan2 boleh Whatsapp/call Diela 013-3136199 sekarang. Dan kawan2 boleh rasakan sendiri kebaikannya...
7 ulasan
husna tak ambek vitamin C pon.. so bila sakit bukan sebab apa sgt, sebab kekurangan vitamin C je.. huhuhu.. nak kena ambek jgk ni..
ReplyDeletesalam ziarah Murni.
ReplyDeleteSaya biasanya amalkan minum lemon campur madu lebah bila batuk. Alhamdulillah, batuk tak berpanjangan
memang bagus produk ni. sebenarnya badan kita sakit sebab kekurangan vitamin. hehe..
ReplyDeleteVit C mmg bagus untuk boost imun.
ReplyDeletemmg vitamin harian saya
Vitamin c memang penting..nice sharing kak murni..
ReplyDeletememang perit lah kalau batuk berhari-hari.
ReplyDeleteShare ye
ReplyDelete