­
Coretan Murni Alysa : Optimumkan Perkembangan Otak Bayi

Optimumkan Perkembangan Otak Bayi

5:03 PM

Rangsangan bayi yang diterima melalui sentuhan individu paling rapat dengannya bukan saja membantu perkembangan minda yang baik malah menyebabkan proses pembesarannya menjadi lebih hebat.





Tidak semua ibu bapa mahupun penjaga menitikberatkan waktu memandikan si kecil tersayang namun hakikatnya, saat itu antara detik paling istimewa yang mampu digunakan untuk mengoptimumkan perkembangan otak mereka.


Sehingga 85 peratus daripada perkembangan otak bayi dicapai menjelang usia tiga tahun dan disebabkan itu, setiap pengalaman yang dilalui sehingga usia itu banyak membantu pembentukan otak bayi terutama ketika waktu mandi.


Proses pembelajaran otak si kecil dapat dipertingkatkan apabila pelbagai deria dirangsang ketika waktu mandi berbanding penggunaan satu deria saja.


Sentuhan, percakapan dan usapan yang diterima si manja ketika saat dimandikan ternyata waktu paling sesuai yang boleh digunakan dalam menjana perkembangan minda mereka.


Oleh itu, setiap ibu bapa mahupun penjaga perlu menyedari kepentingan waktu mandi bayi atau kanak-kanak untuk memperoleh hasil yang istimewa terutama dalam perkembangan dan tumbesaran mereka.


Rangsang berbilang deria

Hasil penyelidikan daripada Science of Senses menunjukkan keseimbangan antara satu amalan biasa dan rangsangan kepada deria dapat menggalak dan mencorakkan perkembangan otak bayi.


Proses pembelajaran otak dipertingkatkan apabila berbilang deria dirangsang, berbanding penggunaan hanya satu deria.


Hakikatnya, ibu bapa boleh menjadikan masa mandi bayi sebagai masa yang berkualiti, dipenuhi dengan rangsangan berbilang deria untuk memupuk keupayaan bayi belajar, berfikir, berkasih sayang dan membesar dengan sihat.


Hasil penyelidikan menunjukkan rangsangan berbilang deria penting dalam tiga tahun pertama untuk perkembangan laluan yang menyokong komunikasi, kefahaman, perkembangan sosial dan kesejahteraan emosi.


Otak bayi mencipta sehingga 1.8 juta sambungan sinaps baru setiap saat dan pengalaman ini akan menentukan kesinambungannya.


Rangsangan berbilang deria iaitu apa yang dirasa, dihidu, didengar dan dilihat oleh bayi dapat membantu memupuk kelangsungan jangka panjang.


Sentuh:
  • Bayi yang biasa mendapat sentuhan dan belaian ibu bapa atau penjaga yang penyayang 50 peratus lebih berkemungkinan membuat hubungan mata dan mempunyai ekspresi positif secara keseluruhan (senyuman, pandangan mata).



Bau:
  • Bau yang lazim seperti bau ibu antara lain bertindak untuk menambah baik emosi, ketenangan dan kecerdasan. Hasil kajian menunjukkan bayi yang dimandikan dengan produk mandian berbau harum memperlihatkan 30 peratus lebih keupayaan untuk bermesra dengan ibu bapa mereka selepas mandi dan mengurangkan hampir 25 peratus masa menangis sebelum tidur.


Dengar:
  • Bercakap berulang kali dengan bayi semasa mandi boleh membantu perkembangan bahasa mereka. Hasil kajian menunjukkan bayi yang lebih kerap diajak berbual mempunyai kosa kata lebih luas apabila mencapai usia 24 bulan.


Lihat:
  • Bayi bertindak balas kepada rangsangan visual dan menunjukkan pemprosesan neutral yang dipertingkatkan apabila dipandang terus atau diberi tumpuan perhatian. Ini adalah koordinasi mata, tangan dan kemahiran pengamatan yang penting untuk perkembangan sosial.


Dengan peluang untuk menggunakan deria bau, sentuh, lihat dan dengar, ia menumpukan kepada masa mandi sebagai taman permainan berbilang deria yang menawarkan peluang kepada ibu bapa dan bayi untuk berhubung mesra dan menjalin ikatan kasih sayang.





Artikel Menarik Yang Lain

12 ulasan

  1. Tak tahu pun sebelum otak diransang masa mandi yer...

    ReplyDelete
  2. aah mmg betul pun masa diorg baby ni lah diorg punya otak mula berhubung

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandainyaa..dah tua2 otak dah tepu..hihihih

      Delete
  3. WAhh.. tips untuk bakal ibu.. heeee

    ReplyDelete
  4. yoorin x mandikan anak sendiri sampai laa nak dekat 40 hari pantang.. mak x kasi..dia yang nak mandikan sedangkan kte teringin sangat nak mandikan anak.. =( sedih sangat..tu anak kita kot.. huhuhu.. ni dah jaga sendiri, memang mandikan anak tiap pagi walaupon babysitter kata xpayah mandikan..akak boleh mandikan..heheh.memang tak laa..mesti wajib mandikan sebelum hantar pengasuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pon sama..mandikan anak sulung lepas pantang..anak no2 mandikan selepas 20hari..kerana slps 20hari dah balik rumah sendiri

      Delete
  5. Assalam murni,
    nice sharing uols :)

    ReplyDelete
  6. Tq kak murni info nanti ada anak boleh rujuk sini

    ReplyDelete
  7. Sha mandikan sendiri anak masa dlm pantang..sebab pantang sendiri..alhamdulillah anak2 sha tegap..jd mudah nak mandikan..sha mandikan dengan air sejuk je..bila musim ujan bru tmbh air panas..pagi sebelum anta anak umah pengasuh dan taska sha mandikan dulu coz senang utk kita tahu kondisi fizikal anak kita..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang