Urus Kewangan Pada Usia Muda
10:03 AM
Sememangnya usia 20-an dinanti-nantikan ramai remaja. Apa tidaknya, di usia inilah kita berdikari sepenuhnya apabila mula mendapat pendapatan sendiri. Banyak yang hendak diteroka dan dilakukan di usia ini. Hendak mengembara ke sana sini, mahu beli gajet yang sudah lama diingini dan membeli kereta idaman hati.
Ada yang mengatakan cara kita mengurus kewangan dan berbelanja pada usia 20-an akan menentukan keadaan kewangan kita pada usia 30-an dan berikutnya kecualilah kita ‘terpijak’ duit. Sememangnya pada usia ini banyak dugaanya apabila mula memegang duit sendiri. Namun, ia semua bergantung pada diri sendiri untuk menentukan bagaimana situasi kewangan kita pada masa hadapan dengan cara kita menguruskannya hari ini.
Umum tahu simpanan asas seperti satu per lima daripada gaji adalah penting, namun apakah langkah mengurus kewangan lain yang perlu kita amalkan pada usia muda ini? Disini Murni nak kongsikan langkah untuk inspirasi pembaca.
Jimatkan Kos Tempat Tinggal
Duduk di pangsapuri atau kondominium mewah memang kelihatan dan kedengaran menarik. Lebih menarik jika duduk dengan seorang dua rakan saja dalam satu rumah itu.
Namun, ia sebenarnya tidak perlu dan merugikan terutama mereka yang baru mula memasuki alam pekerjaan. Jika tidak berasal daripada keluarga senang, duduk sahaja di rumah dengan sewa yang tidak mahal seperti di pangsapuri kos rendah atau luar sedikit dari kota kerana ia lebih murah. Kongsi bilik dengan rakan juga lebih menjimatkan kerana kos sewa bilik dikongsi bersama.
Kalau tempat kerja dekat dengan rumah keluarga sendiri, duduk sahaja bersama kerana sangat menjimatkan sebelum kewangan stabil untuk tinggal sendiri. Asalkan beri sedikit wang kepada ibu atau bapa, pasti mereka tidak kisah.
Caruman KWSP
Pastikan gaji kita mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Potongan gaji melalui KWSP sebanyak 11 peratus daripada gaji kita dan 23 peratus daripada majikan adalah amat berguna. Caruman ini akan diberi dividen setiap tahun.
Ia secara langsung memberi kita satu simpanan untuk dipakai pada hari tua apabila mencapai tahap umur minimum. Malah ia juga boleh digunakan untuk membeli aset seperti rumah pada sebarang usia.
Selain simpanan sendiri, caruman KWSP bagaikan jaringan keselamatan untuk hari tua kita.
Simpanan Kecemasan
Perkara tidak dijangka selalu berlaku dalam kehidupan. Disebabkan itulah kita perlu ada simpanan kecemasan. Wang kecemasan adalah wang yang kita simpan untuk kita gunakan apabila berlaku perkara kecemasan atau yang tidak dijangka kita. Contohnya seperti ganti tayar kereta yang pecah, bayar rawatan kecemasan kerana jatuh sakit atau seumpamanya.
Apabila kita ada simpanan kecemasan, tidaklah kita menggunakan wang gaji yang perlu dipakai untuk membayar bil atau perkara asas. Jadi tidaklah kita terlepas bayar kereta, sewa rumah atau sebagainya. Ada pakar kewangan menyarankan supaya anak muda memulakan simpanan dengan nilai yang tidak terlalu banyak seperti RM100 dan meneruskannya dengan RM50 atau lebih setiap bulan.
Jimatkan Belanja Untuk Hiburan
Usia 20-an tempoh seronok untuk berhibur, namun perlu berpada-pada terutama dalam soal kewangan. Tentukan bajet tetap untuk aktiviti riadah dan hiburan seperti kos menonton wayang, lepak di kafe, karaoke, ke parti atau sebagainya dan cuba terbaik untuk tidak melebihi bajet.
Ini penting supaya kita tidak terpakai wang untuk perkara lain yang lebih penting. Berhibur di luar semamangnya seronok, namun memakan kos yang banyak terutama pada keadaan ekonomi sekarang. Kawal diri daripada keluar dan berhibur berlebihan. Jika boleh mengadakan parti atau melepak bersama rakan di rumah sahaja adalah lebih baik. Ia lebih jimat dan lebih ‘personal.’
9 ulasan
Erk..Kwsp Majikan Bkn 13 % Ye ?Hikhik..Btw,Nice info..
ReplyDeletetambah2 skrg ni kos harian makin meningkat...memang patut la kena berjimat. kalo ada orang bagi derma ok gak..heh
ReplyDeletethanks tunjukkan tips ni :)
ReplyDeleteGood tip
ReplyDeletePerkongsian yang bagus kak murni..
ReplyDeletesalam singgah
ReplyDeletetips yg awesome
Assalam murni,
ReplyDeletenice sharing uols :)
nice sharing
ReplyDeleteSha selalu fail menguruskan kewangan..suka berbelanja tang makanan..nasib en.suami jenis berjimat.. hehehe..
ReplyDelete