­
Coretan Murni Alysa : 10 Petua Harian Untuk Kurus

10 Petua Harian Untuk Kurus

5:14 PM

Kali ini Murni nak kongsikan 10 petua harian yang boleh anda lakukan untuk kurus. Petua-petua ini tidaklah baru, tetapi jarang diambil peduli. Teruskan membaca 10 Petua Harian Untuk Kurus




1. Kurangkan minuman bergula.

Jadikan air masak sebagai minuman utama anda. Elakkan mengambil minuman bergula seperti air jus, air tin dan air berkabonat. Menurut kajian secara purata, hampir 245 kalori berlebihan sehari datangnya daripada air bergula. Ia menyamai 90,000  kalori setahun dan bersamaan 11 kilo tambahan kepada berat badan.


2. Berjalan sekurang kurangnya 45 minit sehari.

Berjalan bukan sahaja boleh menyihatkan jantung, malah dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan berlebihan. Tetapi bagaimana caranya? Mudah sahaja, anda hanya perlu melakukan beberapa perkara untuk menambah masa berjalan anda tanpa perlu bersusah payah seperti, menggunakan tangga daripada menggunakan lift, meletakkan kenderaan anda di tempat jauh sedikit dan memilih restoren yang memerlukan anda berjalan lebih jauh daripada biasa.


3. Makan 5-6 hidangan kecil berbanding 3 hidangan besar sehari.

Makan secara berkala dapat membantu anda menurunkan berat badan. Cuba elakkan makan dengan kadar yang banyak pada satu-satu masa. Sebagai contoh jika anda membahagikan sarapan anda kepada dua bahagian, misalnya satu sebelum ketempat kerja dan satu lagi semasa rehat pagi, maka anda akan dapat mengurangkan pengambilan makanan pada waktu makan tengahari.


4. Jangan lupa mengambil sarapan pagi.

Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga untuk anda meneruskan aktiviti seharian. Dengan mengambil sarapan pagi, ia pasti dapat mengelakkan anda daripada mengambil makanan berlebihan semasa waktu makan tengahari.


5. Makan bijiran untuk sarapan pagi.

Mengammbil makanan seperti Cornflakes dapat mengurangi risiko obesiti dan diabetes berbanding mereka yang memakan makanan lain untuk sarapan. Secara tidak langsung dapat menyihatkan jantung anda. Bijiran juga mempunyai serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.


6. Makan hanya apabila lapar.

Tahukan anda bahawa kebanyakkan orang akan makan hanya kerana bosan, stress, gemuruh atau cemas, kecewa dan berbagai-bagai sebab lain selain lapar. Jadi sentiasa beringat untuk hanya mengambil makanan apabila lapar. Cuba untuk berhenti makan sebelum kenyang.


7. Makan buah-buahan.

Perbanyakkan makan buah-buahan. Mulakan makan buah-buahan sebelum mengambil makanan utama. Buah-buahan mengandungi serat yang dapat mengenyangkan. Secara tidak lansung membantu anda menurunkan berat badan secara konsisten.


8. Gunakan pinggan kecil.

Tahukah anda, secara tidak sedar anda akan makan lebih banyak apabila anda menggunakan pinggan yang lebih besar. Untuk mengelakkannya amatlah mudah, cuba gunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan.


9. Awalkan masa makan malam anda.

Elakkan makan malam lebih daripada pukul 8.00 malam. Makan malam sebolehnya diawalkan, ini kerana perut anda akan kurang bekerja semasa anda tidur. Maka jika anda mengambil makanan yang banyak sebelum tidur, ia akan menyebabkan perut anda gagal membakar kalori dengan berkesan.


10. Warna Biru menghalang selera.

Ramai orang tidak tahu yang warna biru boleh menghalang selera makan. Dengan menggunakan warna biru dalam aktiviti harian, secara tidak langsung dapat menbantu anda mengurangkan pengambilan makanan yang berlebihan. Dalam masa yang sama, elakkan menggunakan warna oren, merah dan kuning di ruang makan kerana warna ini membantu menambah selera makan seseorang.



Selamat mencuba!!!

Artikel Menarik Yang Lain

7 ulasan

  1. tips yg no 10 tu baru tahu...

    Heheee warna biru ye..

    ReplyDelete
  2. aduhh..jumpe tajuk die laju je nak baca...haha. tq for da info :D

    ReplyDelete
  3. ehehe ni yang ceq perlukan ni wakakaka..

    ReplyDelete
  4. no 9 tu selalu nina buat.. haih. makan2 pastu tidoq. habit teruk ni

    ReplyDelete
  5. baru tau yang warna pun mempengaruhi jugak ye kak

    ReplyDelete
  6. Nice sharing... lepas nie nk amal tips yg no.10 tue jer lah..,,:)

    ReplyDelete
  7. pg2 makan nasi lemak.. huhuhu
    makin gemok dh

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang