­
Coretan Murni Alysa : Review | Kopitan Classic Penang Delight | Queensbay Mall, Penang

Review | Kopitan Classic Penang Delight | Queensbay Mall, Penang

7:00 PM



Assalamualaikum...



Dah lama rasanya Belog Murni Alysa ni tak buat Entry pasal makanan. Kebetulan pulak 5 Mac baruni kawan2 dari team Projek Blogger Utara offer untuk buat Food Review dekat Restoran Kopitan Classic Penang Delight yang ada dalam Queensbay Mall nun. Sebelum ni Murni memang pernah ternampak Restoran Kopitan Classic Penang Delight ni di USM, Penang, Gurney Plaza, Bayan Baru dan Lebuh Pantai. Tapi kali ini kami dijemput untuk ke branch di Queensbay Mall pulak..Alhamdulillah!!



nak possing pon susah dengan kebuasan Alysa & Danish



Antara Menu Menarik di Kopitan Classic



Sebenarnya boleh dikatakan setiap 2 minggu sekali Murni sekeluarga akan keluar window shopping ke Queensbay Mall ni, tapi Murni tak tahu pulak kewujudan restoran Kopitan Classic ni. Lagi satu Murni ni macam was2 kalau restoran tu macam Chinese Style sedikit.. Tapi selepas berkunjung ke Kopitan Classic ni dan bertemu sendiri dengan Cik Lina selaku Supervisor di Kopitan Classic Queensbay Mall ni segala tanggapan buruk terus bertukar. Lagipon logo halal yang dipamerkan di sana adalah LOGO HALAL dari JAKIM iaitu bewarna HITAM (baru laa legaa). Jadi lepas ni boleh la selalu2 bawa family makan kat sini kerana menu makanan kat sini berVARIETY dan SEDAP2 belaka..



ambik tempat dulu


senyum ke aper tu??


Danish yang tak reti duduk diam


Alysa nak buat order


nampak roti terus terliur, cover sikit mulut tu Alysa oii!!


Ini adalah antara menu yang terdapat di Kopitan Classic. Kebanyakan menu hidangan di Kopitan Classic ni adalah atas permintaan pelangan. Maksudnya kalau menu tu sentiasa mendapat sambutan dari pelangan menu tu akan dikekalkan. Dan sekiranya kurang mendapat sambutan akan dikeluarkan dari menu list. Jadi setiap menu yang dihidangkan adalah berdasarkan selera pelangan. Dan menu disini juga akan ditukarkan setiap 2tahun sekali. Jadi ada menu in dan menu out. Dan yang pastinya setiap menu yang dipilih adalah bersesuaian dengan selera seisi keluarga, sesuai untuk kepelbagaian etnik juga.. Tak percaya boleh bawa family dan kawan2 pelbagai bangsa mencuba makanan yang ada disini..pasti tidak mengecewakan...



aneka roti bakar ( Alysa & Danish suka ni)



Chinese style pon ada



Aneka Nasi dan Lauk 



Aneka Nasi Lemak



Aneka jenis minuman



Aneka jenis Cooler



Aneka jenis Dessert


Oleh kerana Murni ni bawa anak2 duduk2 jer terus order makanan untuk diorang. Almaklum laa nak bagi diorang duduk diam jap. Alysa dan Danish ni susah sikit nak makan nasi. Jadi Murni order Passion Fruits Sundae, Roti Cheese, Roti Peanut Butter Toast dan Golden Chocolate Puff kat diorang.. Apa lagi pulun laa budak berdua tu makan..senang hati ibu...



Passion Fruit Sundae



Cheese Bread



Peanut Butter Toast



Golden Chocolate Puff


Tak lupa juga buat pembasah tekak untuk kami iaitu Penang Kopitan Cendol, Chocolate Mint Iced Blended dan Tiramisu Blended. Cendol dan Tiramisu Blended memang terbaek. Cuma yang Chocolate Mint Ice Blended tu rasa Mint dia tu Murni tak biasa.. Tetapi menurut Cik Lina minuman tu adalah pilihan utama pelangan. Mungkin Murni ni tak biasa minum dan mungkin tekak orang kampung kot. Tapi Murni cabar kawan2 yang ke Kopitan Classic ni try order Choclolate Mint Iced Blended tu.. mungkin kawan2 suka..lain orang lain citarasanya..hihihihi



Penang Kopitan Cendol



Chocolate Mint Ice Blended



Tiramisu Blended



Dalam duk melayan Alysa dan Danish makan...makanan kami pon dah sampai. Menu pilihan yang dihidangkan kepada kami petang itu adalah 4 jenis hidangan nasi..Disini Murni nak suggest kalau yang suka Chinese Style boleh cuba Mama's Special Sesame Oil Chicken with Rice, kalau yang Selera Melayu boleh cuba Nasi Lemak Kopitan (lauk boleh pilih ada macam2). Untuk yang Suka Pedas boleh cuba Kapitan Chicken with Fire Cracker Rice (kan ada perkataan fire tu maksudnya pedas la). Dan bagi mereka yang berselera Ala2 Thai boleh cuba Thai Sauce Fish Fillet Rice (memang sos thai dia terangkat gitu) . 



Mama's Special Sesame Oil Chicken with Rice



Nasi Lemak with Spices Fried Chicken



Kapitan Chicken with Fire Cracker Rice



Thai Sauce Fish Fillet Rice


Dan bagi mereka yang jenis tak makan nasi boleh mencuba pelbagai menu Noodle dan Ramen. Dan inilah pengalaman pertama Murni try makan Dry Ramen. Ala2 Japanese Style gitu. Dan Alhamdulillah tekak Murni boleh menerimanya..lagipun Dry Ramen tu ada disertakan lauk pauk untuk dimakan bersama Dry Ramen tu. Memang sedap la..Murni bagi 4.5 bintang gitu..hehehehe



Special Marinated BBQ Chicken with Dry Ramen



Chicken Kushiyaki



 Dry Ramen & Soup



Dan untuk selera Ala2 Western gitu pula boleh mencuba Baked Cheese Chicken Bolognese Wedges dan Cheese Baked Spagetti Bolognese. Memang sedap la. Murni yang tak pandai makan menu ala western ni pon kemain berselera lagi..masih teringat2 kesedapannya. tak boleh jadi ni hari cuti ni nak kena pergi makan lagi laa...




Baked Cheese Chicken Bolognese Wedges



Cheese Baked Spagetti Bolognese



Dan kebetulan sangat dengan musim panas. Sebelum order makanan mesti kita akan order air dulu kan??? Disini Murni perkenalkan pelbagai jenis Cooler yang ada. Cooler (Strawberry, Lychee, Kiwi and Passion Fruits). Memang sesejuk jer tekak kami petang itu. Harga pon tak la mahal hanya Rm6.50 jer segelas besar tu. Memang puas hati..



Cooler (Strawberry, Lychee, Kiwi and Passion Fruits)



Strawberry Cooler



Lychee Cooler



Kiwi Cooler



Passion Fruits Cooler



White Coffee( untuk yang tak minum ais)



Customer



hidangan dah sampai



Pelbagai Juadah ada



Team Projek Blogger Utara (PBU)



Bersama Mr Leong (HR manager) Cik Lina (Supv Bertugas)



Kami semua dah merasai beberapa menu istemewa di Kopitan Classic ni. Dan kami semua amat puas hati dengan menu disini.  Ok bagi kawan2 yang tiada masa nak makan kat restoran, Kopitan Classic Penang juga menawarkan khidmat food delivery melalui Delivery Eat. Kawan2 boleh membuat tempahan dengan log on to www.deliveryeat.my 





Selain itu juga pihak restoran menawarkan diskaun 10% di Off Peak. Uols kena download dulu di Google Play Store atau di Apps Store. Weekday Saving Lunch Treats jugak ditawarkan. Pastinya amat berpatutan harganya!!



Akhir sekali Jutaan Terima Kasih Murni ucapkan kepada pihak Kopitan Classic Queensbay Mr. Leong (HR Manager) yang begitu peramah dan banyak berceloteh tentang Kopitan Classic. Dan tak lupa juga terima kasih kepada Cik Lina (supervisor yang bertugas)


Kepada kawan2 yang berminat nak merasa keenakan menu-menu di Kopitan Classic Penang Delight boleh klik SINI untuk melihat outlet yang berdekatan dengan anda . Selain itu kawan2 juga boleh layari website Kopitan Classic Penang Delight di www.kopitanclassic.com.my 

atau boleh terus ke:


KOPITAN CLASSIC PENANG DELIGHT QUEENSBAYMALL PENANG 
Queensbaymall, 3F-01(A) 
11900 Bayan Lepas, Penang 


Business Operations Hours:
 Sun-Thur : 8.30am - 10.30pm
 Fri: 8.30am - 11.30pm 









Artikel Menarik Yang Lain

4 ulasan

  1. teringat pulak dekat makanan kat situ.. nak p jugak la nanti.. tapi, kat sunway punya. hehe

    ReplyDelete
  2. CP paling suka cooler..

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat p makan menu2 sedap tu

    ReplyDelete
  4. teringat2 plak makanan kat situ.. nak terjah yang terdekat dengan rumah laa..

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang