­
Coretan Murni Alysa : Rumahku Syurgaku 65% Siap | Lighting | Dinning Table | Kitchen Cabinet

Rumahku Syurgaku 65% Siap | Lighting | Dinning Table | Kitchen Cabinet

5:39 PM



Assalamualaikum..


Murni rasa ni entry last untuk Rumahku Syurgaku (sampai rumah betul2 siap) hehehe. Buat masa sekarang rumah kami sudahpun sampai ke fasa 2(e) dimana kerja2 melepa dalam dan luar petak termasuk kemasan dinding sedang dilakukan. Dan Fasa ini juga laa kami sudah berjaya melangsaikan pembayaran secara cash wang beza sebanyak 65% dari harga rumah ini. Alhamdulillah. Dan urusan pembayaran selebihnya akan diuruskan dengan pinjaman bank la pulak.. Lega dah laa..Hajat kami berdua suami isteri tercapai juga dan Allah permudahkan..




HOMEDEC


Pada Mac 2016 baruni kami sudah membuat persiapan pertama untuk Rumahku Syurgaku ini..Masa tu MEGA HOME Exhibition..sempat la kami beli persiapan untuk Living Room & Master Bedroom. Tapi April lepas kami sekali lagi ke PISA untuk HOMEDEC pulak. Haritu kami buat persiapan pulak untuk lighting, Dinning Table & Kitchen Cabinet. Kami just log-in harga sajer dulu sebab rumah belom siap..huhuhu..Memang setengah orang cakap awal sangat nak beli segala barang tu..Tapi biasa laa rumah pertama mesti excited macam gak nak dapat anak pertama. Excited lebih..hehehe


Lighting





Haritu kami pilih lampu jenis down light..maknanya rumah kami nanti kena pasang plaster syiling laa. Dan husband memilih lampu jenis petak..Murni ikutkan sajer.. Untuk living hall dan bilik2 husband pilih lampu yang boleh tukar kaler..iaitu Biru, Kuning & Putih. dan untuk bilik air dia pilih lampu kuning. untuk dapur dan utilities room kaler putih. segala urusan Murni serah 100% pada husband. Tak pandai...



Down Light




Lampu biasa








Dinning Table


Meja Makan



Untuk dinning table Murni terpaksa memilih meja jenis bulat kerana rumah kami sangat kecik dan memanjang..Dan saiz meja ni pon kami kecikkan dalam 4inchi dan takde yg bulat pusing2 kat tengah tu. Sebab meja ni dah dikecikkan. Dan sekali lagi terpaksa ikut kehendak suami nak meja Marble..




Marble Table



Tang kerusi pulak Murni memang berkenan kerusi yg tinggi tu.. tapi menurut nasihat jurujual tu kerusi yang tinggi tak sesuai dengan rumah kami yang kecik tu. Lagipon susah juga kalau kerusi tinggi ni masa nak letak lauk masa nak hidang kita kena kalihkan dulu kerusi sebelum letak lauk..kalau yang pendeh ni just letak jer melalui atas kerusi. Ada logic juga kata jurujual tu. so terima jer laa...




Kerusi










Kitchen Cabinet



SCI Cabinet



Dalam banyak2 yang ada dekat Homedec tu kami terberkenan dengan SCI Cabinet ni. Kami log-in harga jer dulu pakej B ni. Kalau pakej B ni kami kena ambik KC melamine. Tapi kalau kami tukar material nanti diorang akan kira lain. Dan memandangkan dapur kami kecik sajer pakej B ini dah memadai. Cuma tunggu tukar material dan bila rumah dah siap diorang punya designer akan datang kerumah dan buat ukuran dan sebutharga yang sebenar. 












Progress Rumah






Baru2 ni husband ada ikut kawan dia Inspektor Kesihatan pergi ke kawasan pembinaan rumah kami untuk fogging nyamuk (kalau orang biasa tak boleh masuk). dan dikesempatan yang ada husband try la masuk ke rumah di tingkat 6 yang sudah siap pasang tiles & pintu. Jadi kami dapat tahu laa reka bentuk sebenar rumah kami. Rumah kami di tingkat 12 masih ditutup tak boleh masuk. Jom laa kita tengok rumah kecilku ini..hihihihi



Parking



Blok B



Pintu Masuk














Dapur



Syiling



Living Hall



Bilik



Dapur, bilik air  & Bilik ke3



Bilik Air



Balkoni



Koridor



Bilik Utilities



Gambaran yang ada dalam pamphlet


Masa husband tunjuk gambar dalam rumah tu semua rasa ok. Tapi bila dia tunjuk gambar swimming pool tu Murni terkejut beruk. Kawan2 nampak tak ape yang Murni nampak..macam pelik pulak. Ada ke patut dalam pool tu ada tiang2. Gilaa..Camner nak berenang pastu macam bahaya jer untuk budak2. Adoi la..tp bila diteliti pada pamphlet yg diorang beri haritu memang gitu rupanya. So redha jer la..Kalau tak boleh jadi Swimming Pool jadi kolam ikan laa jawabnyer..hahahaha




Kolam Dewasa



Kolam Kanak-kanak


Sekian...


Artikel Menarik Yang Lain

10 ulasan

  1. Alhamdulillah in progress ni..in sya Allah tak lama lagi siap...

    ReplyDelete
  2. xsabaq nak p umah mokcik..nak feeling orang kayo hahahaha

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak singgah umah murni..

    ReplyDelete
  4. yang kat karidor tu bukit ke seram nampak huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Gmbar bilik x de ker.?

    ReplyDelete
  6. Salam Murni...kita bakal berjiran nanti...Jiha amek Blok A

    Banyak info dpt dari entri RumahKu Syurgaku Murni ni

    Hehehe

    Anyway...Murni dah siap2 booking Kitchen Cabinet semua ye..

    Jiha tak buat lg sebab biasanya kat Penang ni, kena guna appointed contractor dia je..2tahun gitu duration... Lepas tu baru dia kasi contractor lain masuk utk buat reno...biasanye gitu la....rumah kita nanti harap mcm tu lah jugak

    ReplyDelete
  7. Eh silap...harap rumah kita nanti takde la contractor tu

    ReplyDelete
  8. Hi, apa status porjek ni ya? Dah masuk rumah ke?

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang