Buah Delima Boleh Kurangkan Morning Sickness
10:27 AM
Assalamualaikum...
Apa khabar semua?? Murni macam biasa, kadang ok kadang2 tak ok..Tapi Alhamdulillah masih lagi boleh buat kerja dan makan macam biasa. Cuma kadang2 terasa pening dan mual. Harini Murni nak share satu lagi pengalaman Murni sepanjang mengandung di trimester pertama ni hanya dua buah ni menjadi kegemaran Murni. Iaitu buah epal hijau dan delima merah ni..hihihi.
Delima Merah |
Alhamdulillah rezeki Murni kali ini sangat senang nak dapatkan buah delima ni. Murni hanya beli di pasar malam. Dan kalini Murni dapat buahnya merah dan isinya pon merah merkah. Rasanya toksah cakap laa memang sedap. sesuai sangat dengan lidah Murni yang rasa payau2 ni. Dan satu Murni nak cakap kalau murni rasa perut pedih2 lepas muntah bila makan buah delima ni terus rasa sejuk jer. Dan tak rasa lagi bergelora nak muntah..hehehe. Dah alang cerita pasal buah delima ni Murni nak share la kebaikan buah delima ni untuk ibu2 mengandung.
Dengan mengamalkan makan buah delima ketika mengandung khasiatnya sangat bagus untuk ibu dan bayi seperti:
❤ membantu mengurangkan alahan (morning sickness) ibu mengandung
❤ membantu memberi tenaga untuk ibu mengadung dan menyusu
❤membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
❤ membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit cantik
❤ mencegah rasa mual
Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, "Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalamnya" (HR Abu Nu'aim) dan "Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut". (HR Abu Nu'aim dan Al-Jauzi)
Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra-matang disarankan mengamalkan jus buah delima
Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.
Acid Folic adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.
sumber
Buah Delima |
Buah delima ni Murni beli di Pasar Malam Bayan Lepas setiap Sabtu. Mujur musim buah ni ada datang dari tanah arab sebab tu kaler dia merah. Masa mengandung Alysa dulu Murni hanya dapat beli yang dari Vietnam yang kulitnya kaler putih dan isinya pon kaler pink2 jer. Rezeki baby kalini dapat merasa yang kaler merah dan isinya pon merah. Rasanya pon masam2 manis sedap..Harga pon tak mahal sangat untuk 4Biji tu baru RM10..Mampu milik laa kann...Alhamdulillah!!
12 ulasan
mak mertua ika pon ade suruh cari buah delima memandangkan alahan ika sangat teruk . dah la first time . tak larat sangat dah rasanya :(
ReplyDeletemmg murah.... musim kot skrg ni mmg mudah dpt dah harganye murah ..... klu tak mahal delima ni .....
ReplyDeletedulu preggy xnah mkn buah ni tp mmg tiap kali preggy minum jus delima je.
ReplyDeleteyui yg bujang ni pun suka buah ni kak =)
ReplyDeleteAllahu Akbar sedap nyer!
ReplyDeleteyg tgk ni pun da rasa kesedapannya. apatah lagi murni yg merasa nyer.
memang antara buah kegemaran aida ni.
Buah delima merah gini mmg sedap..kalau yg pucat2 tu alahai..kdg2 tak rasa apa...
ReplyDeleteTp ok la dari xda
Buah delima mmg sedap kak..khasiat pun bagus..:)
ReplyDeletesedapnya buah delima...
ReplyDeleteibu mengandung memang patut amalkan buah delima..
ReplyDeleteWah!! bestnya.. merah dan murah..
ReplyDeletekira tak suka delima sbb tu masa preggy minum jus sbb nk bg baby dapat khasiat delima tu jugak hihi
ReplyDeleteKita pulak kalau makan muntah 😅
ReplyDelete