­
Coretan Murni Alysa : Ter-Mengandung Selepas Makan GLA Complex | Selepas 5 tahun Menunggu

Ter-Mengandung Selepas Makan GLA Complex | Selepas 5 tahun Menunggu

6:37 PM



Assalamualaikum...



Sesungguhnya rezeki dari Allah..Tapi kita kena berusaha untuk dapatkan rezeki tersebut, betul x?? Sesungguhnya Murni tak sangka akan mengandung lagi kerana sudah hampir 5 tahun berusaha tapi tak dapat. Dan sebelum ni Murni ada gak bercakap dengan encik suami yang Murni nak sorang lagi baby nanti umor 35tahun. Kiranya macam buah last dah kot..hehehe. Tak sangka Allah makbulkan dan sekarang Murni dah mengandung 6 minggu. Dan kalau diikutkan due date tahun 2017. Dan usia Murni pon dah 35tahun pada 2017.



Positif mengandung (walaupon kabur)


 Sebelum kisah mengandung ni Murni nak share kisah duka dulu..Murni perasan sejak dua menjak ni setiap bulan Murni selalu kena period pain (senggugut) yang teruk dan darah haid keluar sikit2 jer. Kalau sebelum period mesti sakit habis seluruh badan. Terutama bahagian urat kaki sgt tegang. Sampai tak tahan terpaksa suruh encik suami urutkan atau paggil tukang urut utk tlg urut seluruh badan. Kebetulan bulan lepas masa tengah period tu Murni rasa sakit lain macam..perut pon sakit urat kaki pon sakit sangat..Ape lagi suami mls nak layan dia suruh panggil kak Zie tukang urut. Tapi memandangkan jadual kak zie ni dah penuh maka terpaksa tunggu. Dan hari terakhir period tu baru laa kak zie dapat datang..Macam biasa masa kak zie urut tu dia pon akan urut perut dan angkat peranakan masa ngurut tu..so lega laa lepas urut tu..





Lepas mengurut tu Murni dah tak fikir ape2 terus order GLA Complex Shaklee sebotol sebab dah tak tahan nak tanggung sakit senggugut setiap bulan dan dah banyak testimoni mengatakan yang GLA Complex ni bagus. Ape salahnya mencuba  untuk mengubati senggugut. Mungkin faktor usia menyebabkan gangguan hormon dan terjadinya senggugut. Selain dari mengunakan GLA Complex untuk merawat senggugut GLA Complex ni juga sangat bagus untuk kecantikan kulit kita. Kawan2 mesti pernah dengar tentang EPO?? EPO (Evening Primerose Oil) tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Dan fungsi GLA Complex ni sama laa juga dengan EPO tu..

GLA Complex Shaklee



Capsules GLA Complex


Dan ditakdirkan Allah takdan habis sebotol pon GLA Complex ni Murni makan (baki tinggal 12 biji lagi) pada 26-10-2016 Murni check UPT nampak garis kedua (walaupon samar2 memang positif). dan pada 05-11-2016 Murni dan suami pergi scan dekat klinik dan doktor sahkan Murni telah mengandung 6 minggu. Syukur Alhamdulillah...



GLA Complex


 
Sebenarnya GLA Complex ni adalah salah satu vitamin yang ada dalam set kesuburan. Harini Murni hanya nak kongsikan tentang kebaikan GLA Complex ni jer. GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi Asid Gamma Linolenik (GLA), Asid Linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.



Kebaikan GLA Complex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.

· Meningkatkan kesuburan.

· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)

· Membantu dalam menangani menopause.

· Menguatkan kuku & rambut.

· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.

· Membantu menangani ekzema.

· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.

· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.

· Menguatkn immuniti badan.

· Mempelahankn process penuaan.

· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.

· Mengawal kencing manis

· Mengawal kolesterol.

· Bagus untuk saraf.




Dan dekat bawah ni adalah vitamin asas untuk Set Kesuburan Suami dan Isteri...
InshaAllah nanti bila Murni ada kelapangan Murni akan sharekan dengan lebih details lagi tentang Set Kesuburan Shaklee ini..



Set Kesuburan Shaklee


Set Kesuburan untuk Suami Isteri


Sekiranya kawan2 ada ape2 pertanyaan untuk set kesuburan ini jangan segan silu boleh terus jer Whatsapp Murni 012-9817932. InshaAllah Murni akan cuba bantu ape yg termampu. Buat kawan2 semua tolong doakan untuk Murni dan baby dalam perut ini. Semoga Allah swt merahmati kita semua..Aamiiin!



Artikel Menarik Yang Lain

8 ulasan

  1. alhamdulillah dpt 2 baby PBU hehee

    ReplyDelete
  2. yeay ! danish dah nak jadi abang

    ReplyDelete
  3. yeayy tok nak jadi tok nenek hahahaha

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. rezeki kak murni..
    Semoga kak murni dan baby sentiasa sihat..

    ReplyDelete
  5. tahniah kk murni...
    ishh biar betul 35, xmacam umur 35 pon

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...kita pon nk termengandung gakla cmtu

    ReplyDelete
  7. Singgah sini:)
    Tahniah nk dpt bby

    ReplyDelete
  8. kalau da rezeki kita, pasti dpt, dik.
    tahniah ekk :)
    semoga sihat hingga saat melahirkan anakanda tu.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang