2D1N di Park Avenue Hotel, Sg. Petani Kedah
6:29 PM
Assalamualaikun..
Minggu lepas Murni dan team #projekbloggerutara telah dijemput oleh GM Park Avenue Hotel untuk dinner. Jadi bagi memenuhi undangan tersebut Murni bercadang untuk bawa encik suami dan anak2 sekali. Mujur encik suami nak ikut sekali.
Untuk blogger memang disediakan bilik khas tapi untuk family kena check in sendiri tau..hehehe. Tapi takpe laa sekali sekala lagipon kami sekeluarga tak pernah bermalam lagi di Park Avenue Sg Petani ni ni. Kami pilih bilik Business Executive with 2 breakfast dengan harga Government rate RM175 include GST.

Akiviti wajib selepas check-in mesti laa bawa anak2 mandi kolam. Kolam mandi hotel ni terletak di tingkat 3. Ada 1 kolam besar untuk dewasa dan satu kolam kecik untuk kanak2.
Encik suami tak habis2 dengan drone dia. Almaklum dekat rumah kami di Bayan Lepas, Penang nun drone ni takle terbang. Hehehehe
Malam tu Murni dan team #projekbloggerutara yang lain pergi dinner. Anak2 dan encik suami tinggal laa kat bilik hotel. Lepas makan diorang pakat lena awal. Nanti next entry Murni ceritakan tentang Dinner istimewa kami bersama GM Park Avenue Hotel ni ya..sabarrrr...
Esok pagi seawal 8 pagi kami semua sudah turun untuk breakfast. Pelbagai hidangan breakfast dihidangkan secara buffet. Ape yang sangat istimewa breakfast menu kat Park Avenue ni adalah ubi rebus & pulut ikan kering. Aduss terubat rasa rindu kat kampung..dulu2 masa kat kampung tak layan..loni dah tua teringat2 pulak..kikiki




Lepas breakfast kami semua pergi ke Pusat Bowling Sejati di sebelah Park Avenue Hotel ni jer. Murni tak main pon sbb risau laa kandungan baru 13minggu takmo lasak2. Bagi chance kat Alysa & encik suami jaa laa main. Tapi kami semua sangat enjoy 2D1N masa kami terisi sepenuhnya..
3 ulasan
Wah sg petani!! My hometown ...rindu sungai petani aihhh...
ReplyDeleteBest jgk ya breakfast kt park avenue.
spitoutkata.blogspot.com
Tak pernah lagi check in kat hotel ni walaupun rumah dekat. Huhu. Quite nice juga yaa.
ReplyDeletecuti2 wlaupon dekat tp best tang sarapan dia...mcm2 hado
ReplyDelete