Mary Kay Lips Scrub & Lips Balm untuk Masalah Bibir Kering serta Menggelupas
11:34 AM
Assalamualaikum..
Sape kat sini pernah dengar tentang Produk kecantikan Mary Kay? Dan Murni percaya ramai dah menjadi ahli Mary Kay ni dan juga pernah menggunakan produk Mary Kay ni. Ini kerana ia adalah salah satu produk penjagaan kulit dan kecantikan terkemuka di dunia. Seperti juga Produk Shaklee yang berasal dari USA dan berusia 50tahun, Mary Kay Inc juga telah bertapak lebih dari 40 tahun di mana ibu pejabatnya juga terletak di Texas, Amerika Syarikat. Mary Kay ialah salah satu syarikat kosmetik terbesar di dunia dengan lebih 1.7 juta Perunding Kecantikan Bebas di lebih 30 pasaran di seluruh dunia..Hebat kann!
Harini Murni bukan nak promote produk Mary Kay ni, Murni cuma nak shae info tentang produk penjagaan bibir dari Mary Kay ni yang telah Murni gunakan untuk merawat masalah bibir murni yang kering dan menggelupas ni. Dari awal2 mengandung lagi Murni mengalami masalah bibir kering dan menggelupas. Nak kata kekurangan air Murni dah banyak minum air masak. Mungkin pembawakan baby kot..kikiki. Oleh kerana Shaklee masih belum mengeluarkan produk kosmetik jadi apa salahnya Murni mencuba produk dari keluaran syarikat lain pula.
Satin Lips® Shea Sugar Scrub
Ia dapt menanggalkan kulit2 mati pada bibir dengan lembut..bibir rasa smooth je. Yg best-nya juga, ia ada biji2 gula halus yg menjadi agen exfoliator, rasa mcm nak makan je, bau pun sedap bau citrus.. hehe. Di samping itu ada minyak bunga matahari yg terkenal kaya dgn Vitamin E dan antioksida utk kesihatan kulit. So far lepas gosok kat bibir hilang habis kuping2 dan bibir rasa licin jer...
Satin Lips® Shea Butter Balm
- Lepas dah scrub, untuk melembapkan bibir dan membuatkan bibir rasa sihat Murni guna Shea Butter Balm ni pulak..Dengan adanya ekstrak Jojoba butter yg menyerupai pelembap dan pelindung semulajadi kulit tubuh kita. Dah double2 pula lembapannya kan. Boleh pakai setiap hari. Murni sangat suka bau citrus yg sgt segar..hehehe
Kepada kawan2 yang mengalami masalah yang sama macam Murni boleh cuba dan rasai sendiri kehebatan dua produk ni. Kawan2 boleh menghubungi mana2 Mary Kay Beauty Consultant yang berdekatan dengan anda..atau boleh cuba contact kawan Murni ni iaitu Ms Seri - 012 4433483. InsyaAllah dia boleh bantu. Ape2 pertanyaan tentang produk Mary Kay boleh tanya Ms Seri ni sebab dia lebih arif tentang Produk Mary Kay ni..hehehe
4 ulasan
Mk nie dah lama..tapi baru skrg dok femes..hehhee.tp tak dinafikan mmg bagus la..
ReplyDeleteSekarang tengah cari lipstick mary kay. Tergoda tengok colour
ReplyDeletetula skrg tgh hot pasal MK..nak try gak lipstik MK..kawan kata long lasting..jom mokcik kita try
ReplyDeletewow tak pernah lg pakai produk MK mcm cun
ReplyDelete