­
Coretan Murni Alysa : Perasa Mango & Lime | Perasa Terbaru di Nando's Malaysia

Perasa Mango & Lime | Perasa Terbaru di Nando's Malaysia

2:59 PM


Assalamualaikum...


Tak lama lagi kita akan bercuti sempena Perayaan Chinese New Year 2017. Dan kalau kawan2 bercadang nak bawa keluarga tersayang untuk makan2 kat luar cuti ni Murni nak cadangkan satu tempat makan yang makanannya super duper sedap dan senang nak cari. Ok laa tanpa berlengah lagi tempat yang Murni maksudkan tadi adalah Restoran Nando's. Haa kan betul kawan2 semua tau dah ada tang mana..kerana ianya ada di seluruh malaysia..hehehe 




Kalau kawan2 nak tahu, kini Nando’s Malaysia telah memperkenalkan satu lagi perasa baru iaitu Perasa Mango & Lime yang akan dihidangkan bersama ayam Peri-Peri. Kalau kawan2 dah biasa makan kat Nando's dan kawan2 juga sukakan Mango & Lime, setelah kawan2 mencuba menu baru ni Murni jamin 100% kawan2 akan berpuas hati. Diamping rasa pedas2 ayam Peri-peri tu akan terselit rasa masam limau ditambah pulak rasa masam2 manis mangga tu memang perhhh..sedappp sangat. Murni menaip sambil telan ailior..bertabahlah..wajib repeat lagi ni...hehehehe 







Perisa Mango & Lime di Nando’s Malaysia

Inilah dia sos Mango & Lime yang Murni sebutkan tadi. untuk pengetahuan kawan2, Perisa Mango & Lime sudah menjadi hit di United Kingdom dan Australia untuk beberapa tahun, kini giliran Malaysia pula untuk merasai kehangatan dan kemanisan Mango & Lime. Jadi kita semua sangat beruntung kerana Nando's Malaysia juga menyediakan perasa baru Mango & Lime ni. Buat masa ini, Perisa Mango & Lime hanya disajikan bersama ayam Peri-Peri. Jika permintaan tinggi, mungkin Nando’s Malaysia akan memperkenalkan ia dalam botol sos.


Mango & Lime Sos










Ok sekarang Mak Buyong nak makan dulu. Memang kena betul dengan selera ibu mengandung ni. Ibu tak mengandung dan kaum bapak pon suka. Suami Murni banyak kali duk cakap..."sedap laa sayang"..hehehe ada chance nak ajak repeat lagi sekali ni..hehehe.












Yum yummm


Hindangan kali ini juga datang dengan pasangan minuman yang special dihasilkan iaitu Tropical Fruitea. Minuman ini gabungan antara jus oren dan teh lemon pasti memukau. Jadi kali ni korang boleh lah cuba sebab semua rasa baru ini telah ada di semua cawangan Nando's seluruh Malaysia.

Tropical Fruitea


Sides order pon sedap sedap belaka..anak2 pulun makan sweet potato chips dan Mediterranean Rice tu. Dan last sekali pemanis mulut yang super dupper sedap seperti Caramel Cheesecake tu..Mula2 tadi dah makan ayam masam2 manis dan diakhiri dengan pencuci mulut manis berkrim..memang menepati selera kami semua...

Sweet Potato Chips

Mediterranean Rice




Salad Algarve

Peri Brownies

Caramel Cheesecake

Lepas ni kawan2 boleh laa bawa family dan juga rakan-rakan untuk makan di mana-mana cawangan Nando's berhampiran. Kalau kawan2 nak tahu harga untuk satu set hidangan ayam panggang dengan sos Mango & Lime terbaru ni.. boleh ke website Nando's Malaysia dan jugak Facebook Nando's Malaysia untuk maklumat lanjut.
































Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. bestnya... seumur hidup akak baru sekali makan nando's ni

    ReplyDelete
  2. Laparnya tengok gambar. Siqah suka Nando's! Ayam sedap! 😍

    ReplyDelete
  3. Untung mak buyung dapat makan.. Ekin dapat g tapi xleh join

    ReplyDelete
  4. Alahai.. Asyik tak dapat je nak ke Nandos nie..
    Kali ini mesti nak gi..
    Geram nengok ayam tu..

    ReplyDelete
  5. adoi terscroll waktu ni pulak. sedapnya. lama tak jejak Nandos. btw kek tu sangat menggoda

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang