Muka Naik Ruam Teruk Part-1 | Alahan Mengandung di Trimester ke-2 |
2:13 PM
Assalamualaikum..
Minggu depan kandungan Murni dah 7 bulan dan dah memasuki trimester ketiga. Alhamdulillah..Tapi Murni nak terobek sedikit laa dugaan mengandung anak ketiga ni di Trimester Kedua. Kalau Trimester pertama haritu dugaan loya2 nak muntah jer (alhamdulillah tak muntah cuma loya2 jer dan perut berangin). Tapi dugaan dan alahan di Trimester kedua ni lagi teruk dari trimester pertama. Masa nak menulis ni pon Murni masih fobia. Mintak2 ini adalah kali terakhir la. Masa kandungan Murni 22 minggu dengan tiba2 muka Murni naik rashes yang gatal miang dan sakit..huhuhu. Mari Murni ceritakan dari mula...
Rashes di muka |
Seingat Murni, Murni takde tukar atau pakai produk skincare yang baru. Murni hanya menggunakan pencuci muka Safi Balqis sejak dulu dan last sekali Murni mekap adalah pada 26 Feb 2017. Pada 26 Feb tu Murni ada pergi event Meet and Greet with FAZURA di NEFFOS X1 NATIONWIDE ROADSHOW, PENANG. Macam biasa laa Murni pakai alat mekap Murni yang biasa pakai. Murni pakar faundation Nars dan lipstik Elianto Matte.
Bibir kering, gelupas dan gatal |
Selang 2 hari lepas tu Murni perasan bibir jadi kering dan gelupas. Dan dekat bawah bibir tu jadi gatal2. Biasa laa dasar tangan tak reti duk diam asyik nak menggaru2 ja..sebabnya ia gatal merenyam jadi Murni tak tahan. Bila Murni garu bibir jadi bengkak dan biji2 gatal sudah mula tumbuh. Sampai ler ke dagu dan bawah dagu.
Rashes merebak |
Selang 2 hari selepas tu hampir keseluruhan bibir, dagu dan bawah dagu dah dipenuhi rashes. Murni masih lagi syok menggaru sampai dua2 tangan duk garu. Keesokan harinya rashes tu telah merebak naik ke pipi tapi ada beberapa biji sahaja. Masa ni memang merenyam satu muka, Dan kulit muka rasa membahang panas, pedih, sakit, tak selesa. Dekat bawah kulit rasa macam ada ulat2 tengah bergerak2 rurik rurik (org kelate kata). Tangan pon tak berhenti nak pegang muka dan garu saje.
Lepas beberapa hari bengkak dah sampai kemata. Masa tidur malam Murni tak sedar garu2 tenyeh2. Dan hasilnya bila bangun pagi muka dah sembab dan merah. Masa ni rasa sakit macam kena tumbuk. Macam2 ubat dan petua Murni cuba tapi tak mendatangkan hasil. Malah makin teruk. Murni dah jumpe 4 orang doktor tapi keadaan makin teruk. Bila kena panas matahari lagi laa rasa pedih. Untuk mengelakkan tangan dari garu2 Murni pakai facemask. huhuhu
Dan Murni terpaksa MC selama 8 hari dan ambik masa sebulan juga baru sembuh sepenuhnya. InshaAllah next entry Murni akan ceritakan dengan lebih detail ape yang Murni buat sehingga muka Murni sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah laa dalam masa sebulan muka Murni dah sembuh. Sebab ada ramai yang cakap masalah ni hanya akan sembuh selepas beranak. huhuhu Murni tak sanggup nak tunggu lambat lagi tu dan ikhtiar macam dan Allah maha pengasih menyembuhkan muka Murni sebelum masuk trimester ke-3. Alhamdulillah.
9 ulasan
teruk juga alahan kak murni... syafakillah kak.. In shaa ALLAH everthink is ok.. Nnti sapu je air biasa then selawat sebelum sapu...
ReplyDeletePembawakan anak sampai macam tu ye kak murni. Apa2 pun alhamdulillah sekarang kak murni dah sembuh
ReplyDeletebaby mesti manja cam ibu nanti.. hahaha
ReplyDeletealhamdulilah akan dah semakin sembuh
ReplyDeletetruknya...Allah...igt ruam2 biasa mcm gmbr last tu
ReplyDeleteAssalamualaikum, kak murni bleh bg tips x cara kak murni atasi rashed dekat muka. Sy pon kena sama mcm kak murni.. rasa xslesa sngt2 nk pegi krja.. smpai student pon tny .. knp muka ckgu merah2 mcm ada misai dkat muka ckgu ��. Adoii.. skrang ni sy masih lg alahan.. tp alahan xteruk sngt. Cuma muka ni la yg teruk.. trpksa mintk cuti 2 bulan
ReplyDeleteAssalam cik murni sy pn kena alahan mcm ni semua ubat x berkesan. Cik murni bole share tak ubat cik murni guna
ReplyDeleteAssalamualaikum kak . . boleh bagi tips x mcm mana nak hilangkan alahan tu . . sy pon ada alahan mcm akak jgk . . takut nak guna produk sebarangan . .
ReplyDeleteAssalamualaikum pn murni. Boleh share tips x. Cara hlgkn rashes tu. Sbb sy pon mengalami bnda yg sma skg nie. Dh jmpa 2doc. Tp still xda perubahan. Sy xtahan sgt dh rsanya nie. Muka ngenyam aje. Mata pon dh pedih asyik tonyoh aje 😭
ReplyDelete