Alysa (7thn) dan Danish (5thn) Hiking 9.8km ke Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang
11:14 PM
Assalamualaikum..
15-04-2017 baruni klinik tempat encik suami bekerja ada buat program hiking bersama pelajar sekolah rendah darjah 4 hingga darjah 6 ke Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang. Pada mulanya Murni tak setuju encik suami nak bawa Alysa dan Danish bersama. Sebab menurut kawan2 yang pernah pergi kesana jalan untuk hiking tu tak sesuai untuk kanak2. Tetapi menurut suami pelajar2 yang join ekspedisi tu semua yg obes dan ekspedisi tu ditemani ramai kawan2 sekerja dia di Klinik Kesihatan Bayan Lepas termasuk doktor, nurse dan juga MA. Lepas dipujuk maka Murni pon izinkan walau berat hati dan berdoa semogasemuanya selamat. Maafkan ibu tak boleh nak join sebab ibu dah sarat..huhuhu
sebelum memulakan ekpedisi |
Berdasarkan map yang encik suami ambik dekat Taman Negara tu mereka melalui laluan AFG dan terpaksa berjalan sejauh 4901meter selama lebih kurang 2jam sehala. Jadi pergi dan balik mengambil masa lebih dari 4 jam berjalan dan hiking. Malah menurut encik suami jalan untuk sampai sangat mencabar bagi kanak2 sekecil Alysa dan Danish. Tapi stamina Alysa dan Danish sangat kuat. Cuma ketika balik dekat nak sampai Danish dah tak larat sangat barulah encik suami dukung dia. Ada juga budak sekolah yang menangis kerana terlampau penat. Huhuhu
Lucu dan kesian tengok picture ni. jelas nampak Danish kepenatan dan Alysa pon senyum terpaksa. hehehe
Akhirnya mereka sampai juga ke Pantai Kerachut. Jambatan Pantai Kerachut ni merupakan trade mark laa kot kat pantai Kerachut ni...sebab semua suka ambik gambar disini..hehehe
Selepas tu mereka sambung lagi perjalanan ke destinasi terakhir iaitu di Teluk Kampi. Maaf gambar tak banyak sebab encik suami kepenatan. Ada setengah dari peserta ekspedisi yang tak larat menyewa bot untuk balik semula ke Taman Negara Pulau Pinang. Tapi encik suami dan anak ambik keputusan untuk balik dengan hiking juga. Alhamdulillah mereka 3 beranak balik dan sampai dengan selamat. Bila tanya mereka bertiga nak pergi lagi ke hiking ke Pantai Kerachut?? Semua pakat surrender..hahaha.
Apa2 pon ibu ucapkan tahniah kepada Alysa dan Danish kerana berjaya hiking sejauh itu dan selama 4 jam lebih. Ibu pon tak tau mampu ke tak.. tak sia2 ibu selalu berikan Alysa dan Danish supplement kanak2 Shaklee untuk kamu berdua. Ternyata kamu berdua sentiasa cergas, sihat, dan kuat. Alhamdulillah.
5 ulasan
Dasat...kami hiking Bukit Jerejak pon dah semput. Hebat depa 2 ni
ReplyDeletetakut lah tok dengar lebih dr 4 jam tu
ReplyDeletealysa danish pun boleh..nape tok xboleh kan
tahniah kakak n abg danish
good job ok
hahaha.. syokkkk.. tapi selalunya balik naik bot jaa.. malas !
ReplyDeletewahhh alysa dan danish dh sampai dh... nnt nk kena hiking gak kt sini la
ReplyDeleteamboi, ni klau dari kecik2 selalu hiking ni, stamina makin kuat larr..
ReplyDelete