­
Coretan Murni Alysa : Filem The Boss Baby | Alysa dan Danish Seronok

Filem The Boss Baby | Alysa dan Danish Seronok

6:53 PM

Assalamualaikum...

Ahad lepas Murni sekeluarga ke Alor Setar atas urusan blogger review. Kebetulan Murni ada beberapa keping voucer tiket wayang MBO dan kebetulan dekat Alor Setar Mall ada MBO Cinema, Murni pon ajak laa encik suami menonton. Malam tu show tak banyak dan memandangkan Murni bawa Alysa dan Danish kalau nak menonton pon kena laa bersesuaian dengan selera bebudak tu..Maka kami pilih cerita animasi The Boss Baby.




SINOPSIS


Genre: Animasi / Komedi

Pengarah: Tom McGrath

Pelakon: Alec Baldwin, Kevin Spacey, Will Arnett

Edaran: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017

Durasi: 97 minit

Klasifikasi: PG13



The Boss Baby mengisahkan tentang Tim Templeton (Tobey Maguire), kanak-kanak tujuh tahun yang cemburu dan berasa terancam dengan kehadiran adik barunya, Boss Baby (Alec Baldwin).

Selepas kehadiran Boss Baby yang tampil unik dengan sut pejabat dan briefcasenya, Tim berasakan ibu bapanya terlalu memberi perhatian kepada adik barunya itu menyebabkan dia merancang untuk mendapatkan kembali kasih sayang ibu bapanya dengan cuba mencari kesalahan bayi itu.

Suatu malam, Time mendapati Boss Baby sebenarnya bukanlah bayi biasa, sebaliknya boleh bercakap dan berperwatakan seperti orang dewasa, malah dia juga merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat pembekalan bayi.

Dari situlah bermulanya konflik di antara keduanya sehingga mencetuskan pelbagai kekecohan dengan aksi lucu.

Filem ini mengetengahkan isu kasih sayang sebagai tema utama dan dekat dengan semua orang.

Kisah adik-beradik cemburu antara satu sama lain sering berlaku dalam keluarga, namun Tom McGrath bijak menambah rencah menyelitkan isu-isu lain sebagai penguat cerita.

Penonton bukan sekadar terhibur aksi-aksi comel dan lucu watak-watak utamanya, tetapi juga dalam masa sama turut beremosi dengan aksi yang menyentuh hati.

Secara keseluruhannya, filem ini banyak menyelitkan mesej dan pengajaran secara tidak langsung bukan hanya untuk si cilik, tetapi juga untuk penonton dewasa agar lebih memahami dunia kanak-kanak.

The Boss Baby sebuah filem yang cukup menghiburkan dan berbaloi ditonton seisi keluarga.







Walaupon show bermula pada kul 10.30mlm dan habis pukul 12.00tgh malam Alysa dan Danish cerah jer mata nengoknya. Mana taknya banyak aksi lucu sehingga mereka tergelak2. Baby dalam perut pon bergerak2 aktif. 







Murni bagi rate 7/10 untuk Filem The Boss Baby ni.



Artikel Menarik Yang Lain

6 ulasan

  1. saya lum ader kesempatan nak tgk wayang lg..ekeke

    ReplyDelete
  2. Menarik. Boleh try tengok ni :)

    ReplyDelete
  3. wah..rasa nak tgk jgk..:)

    ReplyDelete
  4. muka ayah die macam boring je..hihihi

    ReplyDelete
  5. ooo baby jd bos haha igtkan cite apelah tadi

    ReplyDelete
  6. nak g tengok la hahahahahha syok tengok baby

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang