ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Belaian Menawan Sepanjang Hari!
7:41 PM
Ramai
wanita termasuklah suri rumah yang perlu
berhadapan dengan kerja-kerja
mencuci atau kerja yang terdedah pada persekitaran yang berhawa
dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen
tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan
pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang
hari.
Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!
Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.
Sebagai
pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR
24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut
disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu
menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR
24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan
kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian
ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.
ENCHANTEUR
Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
• Aroma
keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga
Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang
indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman
ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White
Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower.
Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan
ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan
ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.
ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
• Haruman
eksotik menggoda
yang memberikan
aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota
Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan
Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver-
mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.
Kini,
wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan
memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian
baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman
Badan dijual pada harga
RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh
didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR,sila layari laman sesawang:
www.enchanteur.com.my
atau
Facebook ENCHANTEUR di
www.facebook.com/EnchanteurMY.
Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR,sila layari laman sesawang:
www.enchanteur.com.my
atau
Facebook ENCHANTEUR di
www.facebook.com/EnchanteurMY.
2 ulasan
wangi setaman la pasni.. hehhee
ReplyDeleteCCL pengguna enchanteur jugak , memang suka bau losyen dia , tahan lama
ReplyDelete