TASNEEM NATUREL BABY BALM Pilihan Bijak Untuk Kami Sekeluarga
8:41 AM
Assalamualaikum..
Sekarang si tecik Zulaikha dah berumur 5 bulan lebih. Masa dia umur 4 bulan haritu dia ada terkena selsema dan batuk. Murni sangat susah hati + kesian sangat kat dia. Dengan nafas tercungap2 dan tidur tak selesa. Husband ada beri dia sedut gas nebuliser untuk cairkan kahak. Walaupon batuk cepat baik tapi bila cuaca sejuk menjadikan tidur malam dia asyik terganggu. Murni ada minta pendapat dalam grup ibu2 di facebook. Macam2 petua dan remedi yang diberi. Tapi Murni ni jenis malas nak sediakan bahan2 tu. Murni tercari2 produk yang ready made berasaskan sumber semulajadi.
Sebelum ni Murni ada guna Vicks BabyRub tapi tak berapa berkesan. Setelah mencari2 dalam FB dan Google, Murni ternampak satu produk produk terkini yang baru diperkenalkan oleh seorang usahawan tempatan. Produk ini juga menggunakan bahan-bahan semulajadi. Paling best produk ini mempunyai 4 jenis kegunaan dan juga boleh digunakan untuk seisi keluarga dari bayi baru lahir sehingga orang dewasa. Jadi, apa salahnya kalau Murni membeli ke-4 jenis ni lagi jimat dan boleh digunakan ikut kesesuaian. InshaAllah. Produk yang Murni maksudkan itu adalah Tasneem Naturel Baby Balm.
Tasneem Naturel ini mempunyai 4 jenis Baby Balm :
Calm Time
Sleep Time
Tummy Time
Coughflu Time
Keempat-empat produk ini menggunakan ramuan yang unik bagi menyelesaikan masalah-masalah tertentu. Apa yang menariknya, balm ini dihasilkan di rumah. Maka yang pastinya, tiada campuran bahan kimia berbahaya seperti paraben atau SLS yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit.
MAKLUMAT TASNEEM NATUREL:
COUGHFLU RUB - Masalah Selesema & Batuk
Coughflu Rub ini adalah Balm kegemaran kami sekeluarga. Ini kerana encik suami dan anak sulung Murni mempunyai penyakit Asthma, sebelum ni memang Murni selalu menggunakan Vicks Vaporub kalau Alysa "semput" malam2. Sekarang tak perlu lagi. Just sapu2 Coughflu Rub ni sahaja dan dia dah selesa bila tidur malam.
Antara kelebihan Coughflu Rub adalah untuk mengatasi masalah:
- Batuk malam
- Susah bernafas kerana selesema
- Selesema dan batuk
- Anak nak mula demam
- Masalah asthma
CARA GUNA:
Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada
RAMUAN:
Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree
CALM TIME - Masalah Anak Meragam
Calm Time Baby Balm ini membantu menstabilkan emosi baik kepada bayi atau orang dewasa. Ia bertindak menghasilkan bau yang menyenangkan, bau ini terhasil daripada campuran pati minyak yang dimasukkan ke dalam balm tersebut. Murni gunakan Balm ni sewaktu ingin berjalan atau untuk bercuti. Sebelum masuk kereta sapu balm ini Alhamdulillah Zulaikha tenang jer duduk dalan Car Seat sepanjang perjalanan yang jauh dan lama.
Kelebihan Calm Time adalah menyelesaikan masalah:
- Memberikan keselesaan kepada bayi
- Anak kuat meragam dan tuntrum
- Anak kurang fokus
- Anak sering menangis
- Bantu anak lebih tenang
- Malah ia juga berfungsi dan berkesan kepada orang dewasa untukengurangkan keletihan dan tekanan.
CARA GUNA:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan
RAMUAN:
Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile
TUMMY TIME - Masalah Kembung Perut
Tummy Time Baby Balm adalah antara produk kegemaran Murni. Ia menggantikan produk-produk biasa seperti minyak telon atau minyak yu yee. Tummy Time telah menyelesaikan masalah baby yang selalu kembung. Kalau Zulaikha ada symtom perut kembung Murni cepat2 sapu. Alhamdulillah Zulaikha sesuai sangat dengan Tummy Time ni. Lepas sapu mesti dia terkentut2. Dan dia membuang air besar pon elok jer teratur jer.
Antara kelebihan Tummy Time adalah menyelesaikan masalah:
- Bayi sukar buang air besar
- Membuang angin dalam perut
- Bayi selalu kembung perut
- Anak sakit perut
- Kanak susah membuang air besar atau sembelit
- Orang dewasa / kanak-kanak yang sakit perut atau cirit birit
- Bantu melegakan perut sebu dan kembung
CARA GUNA:
Sapu pada perut dan tapak kaki
RAMUAN:
Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper
SLEEP TIME - Masalah Susah Tidur
Sleep Time Baby Balm dapat membantu memperbaiki hormon tidur anda atau anak anda. Ia melepaskan bauan yang sesuai dengan hormon tidur dan hormon sedar kita. Mula2 cuba untuk Zulaikha ternyata berkesan. Selalunya Zulaikha ni kalau nak tidur dia mesti nak "mengempeng dulu". Jadi selagi dia tak tidur nyenyak saya tak boleh bangun untuk buat kerja rumah. Kadang2 saya ingatkan dia sudah tidur lena tetapi bila saya baru jer melangkah keluar dari bilik dah dengar suara dia bangun. Jadi mood nak menyelesaikan kerja2 rumah pon terbantut. Tetapi bila saya sapu jer Sleep Time Baby Balm ni, masa dia tengah2 aktif bermain tau.. tak lama lepas tu tengok2 dah terkedang tidur. Nyenyak pulak tu..memang puas hati. Selesai satu masalah dengan adanya Sleep Time ni
Kelebihan Sleep Time adalah dengan menyelesaikan masalah:
- Bantu anak supaya mudah tidur lena
- Bantu anak bangun dalam mood ceria
- Anak tidak tidur lama atau nyenyak
- Orang dewasa yang tidur tidak teratur
- Masalah tidur malam bagi kanak-kanak atau orang dewasa
- Membaiki kualiti tidur
CARA GUNA:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan
RAMUAN:
Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang
Sekali lagi Murni nak tegaskan, Produk Tasneem Naturel Baby Balm adalah produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak (Essential Oil) yang asli. Kegunaan bayi sehingga golongan dewasa. Kalau kawan2 nak order juga sangat senang.
Hanya hubungi alamat atau talian dibawah:
TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE:
011-20964665 (ORDER)
010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)
Instagram: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
Facebook : TASNEEM NATUREL HQ
Website: www.tasneemnaturel.com
8 ulasan
best guna balm ni.. menceriakan kehidupan seisi keluarga
ReplyDeleteYa Allah ! kitorg sekeluarga pun dah jatuh cinta dengan TASNEEM NATUREL ni :) :)
ReplyDeletewah..bagusnya produk ni..:)
ReplyDeleteMemang pilihan yang bijak kan sis..
ReplyDeleteRose dah bagi anak sedara cuba yang CF Rub tu. Setakat ni serasi dengan dia..
ReplyDeleteBest semua balm ni. Bau pun sedap.
ReplyDeleteCF-rub saya nak dekat habis dah... balm ni yang wajib ada setiap masa...
ReplyDeletesesuai ngan zulaikha ni..tido nyeyak ja
ReplyDelete