Koleksi Baju Raya 2018 dari Zalora #ZALORAYA2018
1:36 PM
Assalamualaikum...
Raya dah dekat dah..Murni pon kalut duk ganti posa dalam masa yang sama dalam target nak kuruskan sedikit badan ni. Sebab tahun ni bercita2 nak pakai baju yang lawa2 sikit nak balas dendam tahun lepas tak dapat beraya kerana tengah sarat mengandungkan Zulaikha dan menunggu hari jer untuk melahirkan Zulaikha. Jadi tahun ni awal2 lagi Murni duk intai laa koleksi2 baju raya untuk tahun 2018 ni. Baru2 ini juga portal membeli belah dalam talian Zalora telah melancarkan koleksi raya mereka dengan #ZALORAYA2018 yang memaparkan rekaan2 dari pereka2 fesyen tempatan yang ternama sempena raya tahun ini.
Semuanya cantik-cantik belaka. Antara koleksi yang memikat hati adalah koleksi rekaan Jovian Mandagie, koleksi Tom Abang Saufi, koleksi Zalia dan paling awesome sudah tentulah koleksi Rizalman . Antara konsep yang dipilih buat tahun ini adalah rekaan bertemakan floral, penggunaan lace bagi rekaan feminine dan juga penggunaan warna yang terang bagi mereka yang ingin tampil menarik perhatian pada hari raya ini. Pendek kata berdarah hidung Murni menengoknya. Jom la kita tengok sama2 sambil cuci mata.
RIZALMAN
TOM ABANG SAUFI
SYOMIRIZWA GUPTA
JOVIAN MANDAGIE
EZZATI AMIRA
LUBNA
AFIQM
ZALIA
KREE
Ok laa Murni dah penat scroll tengok gambar koleksi #zaloraya2018 ni semuanya cantik2 belaka. Tapi dalam banyak2 koleksi rekaan ini Murni lebih berminat pada rekaan dari LUBNA kerana LUBNA ada mengeluarkan rekaan baju untuk ibu menyusu (Nursing-Friendly). Rekaan beliau pon tak kurang hebat cantik2 dan warna pon menarik hati dan harga pon berpatutan. Jadi bagi kawan2 yang tak sempat nak beli kain dan malas nak upah tailor untuk jahit baju boleh jer singgah di ZALORA.COM #zaloraya2018. Selamat menjamu mata okey..Bye!
4 ulasan
cantik2 belaka sama ngn harganya... tp berbaloi la kan...
ReplyDeletecantik2 ada gak intai.. tapi saiz xde stock hahhaha
ReplyDeletekebaya merah tu cantik..:)
ReplyDeleteWoww bestnya pilih baju raya.. delat Zalora plk tu
ReplyDelete