­
Coretan Murni Alysa : Buffet Ramadhan 2018 di Vistana Hotel Penang | 101 Resepi Tok Wan

Buffet Ramadhan 2018 di Vistana Hotel Penang | 101 Resepi Tok Wan

2:26 PM

Assalamualaikum

Ramadhan 2018 menjelma lagi. Seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa. Dan pada tahun ini, kita semua berkesempatan untuk menunaikan ibadah puasa bersama rakan2 dan keluarga tercinta. Jadi bagi kawan2 semua yang berada di sekitar Pulau Pinang dan teringin untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan2 boleh laa raikan di Vistana Hotel Penang Bukit Jambul dengan resepi kebanggaan Hotel Vistana Penang iaitu 'Tok Wan 101 Resipi'. Buffet Ramadhan ini bermula dari 16 May hingga 13 Jun 2018.


Bertemakan dengan hidangan melayu tradisional diilhamkan oleh 101 Resepi Tok Wan. "TOK WAN" merupakan gelaran kepada nenek oleh masyarakat Negeri Pahang. Jadi bila kita dengar sahaja perkataan Tok Wan mesti kita terbayangkan keenakan dan kesedapan masakan hasil tangan nenek kita dikampung. Betul tak???. Tapi sebelum bercerita lanjut Murni nak perkenalkan menu wajib setiap buffet ramadhan adalah Kambing golek/panggang dimakan bersama nasi beriyani. Disertakan juga satay ayam & daging yang baru dibakar panas2 dimakan dengan kuah kacang. 





Menu Utama 101 Resepi Tok Wan

Nasi Minyak

Gulai Daging

Gulai Lemak Talang Masin

Patin Tempoyak

Ayam Masak Merah

Sayur Pucuk Manis dan Labu

 Ikan Keli Bakar

Kailan Goreng Belacan

Sambal Tempe Ikan Bilis

Tauhu Dengan Sos Telur

Sayur Goreng Soohon dengan pucuk bersama pedal ayam

Kacang buncis goreng dengan cili

Pajeri Terung Ala Kampung

Udang Masak Lemak dengan pucuk paku

Pelbagai pembuka selera seperti ikan masin, acar, jelatah juga disediakan. Tak lupa juga pelbagai ulam-ulaman segar disediakan untuk dimakan bersama sambal belacan, budu, cencaluk dan pelbagai jenis sambal. Pastinya selera kita bertambah dengan hidangan macam ni.




Buffet Ramadhan di Vistana Hotel ini turut disediakan pelbagai gerai dan juga live action stall. Dalam banyak2 gerai ada satu gerai yang menjadi tumpuan iaitu Gerai Nasi Kerabu Sepecial. Memang sedap la nasi kerabu dia, Murni sampai bertambah nasi la. Nasi warna biru tu yang jadi tambah selera hi hi hi.

Gerai Nasi Kerabu






Gerai Nasi Ayam



Gerai Yong Tau Fu



 Gerai Murtabak






Gerai Bubur




Gerai Ais Kacang


 Gerai Buah-buahan


Gerai Jeruk




Untuk hidangan pencuci mulut pula, terdapat banyak pilihan dengan pelbagai jenis muih kuih Melayu Tradisional seperti kuih Cara Manis, Seri Muka, Kuih Sagu dan Kuih Loyang. Aneka kek dan puding pon ada. Semuanya warna warni dan sedap.











Inilah Nasi Kerabu Special yang sedap sangat. Laksa pon sedap..




Alysa dan Danish pulun makan..Alhamdulillah.


Harga Buffet Ramadan Vistana Penang

Dewasa RM70 nett
Kanak-kanak (4-12tahun) RM30 nett

Untuk tempahan sila hubungi

Tel: +604-6468000
Whatsapp: +0186880010
Email: vispg@ytlhotels.com.my

Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang