Beli dan Tukar Tayar Secara Online di Website Mytayar.Com Memang Jimat
3:36 PM
Assalamualaikum..
Apa khabar kawan2 Murni semua. Masih bercuti Raya atau sudah masuk kerja? Murni bercuti raya selama 10 hari sahaja. Selebihnya Murni beraya pada hujung minggu jer memenuhi jemputan rumah terbuka kawan2 yang berdekatan. Raya kan sebulan.
Bagi kawan2 yang masih bercuti raya dan ada plan nak bercuti kemana2 atau berjalan jauh melawat saudara mara atau sahabat handai Murni nak share satu lagi maklumat penting sebelum memulakan perjalanan. Selalunya bila kita hendak pergi bercuti atau berjalan kemana2 kita akan mencari tempat menginap/hotel. Dan sekarang mencari tempat menginap atau hotel sangat senang hanya melalui atas talian atau online sahaja. Bermacam website yang menyediakan perkhidmatan untuk kita mencari hotel atau tempat penginapan dan membolehkan kita membandingkan harga. l2.
Okay, harini Murni bukan nak share tentang website hotel. Kerana sebelum kita memulakan perjalanan terutamanya jika kita menggunakan kereta, kita perlu memeriksa terlebih dahulu keadaan kenderaan kita seperti memeriksa enjin dan tayar kereta mestilah dalam berkeadaan baik. Kalau tayar sudah tidak selamat digunakan boleh lah tukar awal betul tak?.
Kalini Murni nak share tentang satu website yang menyediakan perkhidmatan servis dan tukar tayar secara online. Kawan2 pernah dengar tak website https://mytayar.com/. Website ini beroperasi sama macam Trivago la. Laman web ini akan membantu pengguna membeli tayar cara "Jimat, Mudah dan Telus" dari Network Workshops yang menyertai mereka.
Kalini Murni nak share tentang satu website yang menyediakan perkhidmatan servis dan tukar tayar secara online. Kawan2 pernah dengar tak website https://mytayar.com/. Website ini beroperasi sama macam Trivago la. Laman web ini akan membantu pengguna membeli tayar cara "Jimat, Mudah dan Telus" dari Network Workshops yang menyertai mereka.
Objektif utama Mytayar.com adalah untuk menghalang pengguna daripada ditipu oleh pemilik bengkel biasa yang menjadikan mangsa kepada pengguna yang tidak tahu harga sebenar setiap tayar. Pada masa ini, Mytayar.com mempunyai 120 Network Workshops yang diselaraskan untuk bersikap jujur dan berminat untuk berkhidmat kepada pengguna di Lembah Klang, Johor Bharu dan Ipoh. Mytayar.com juga akan menambah lebih banyak Network Workshops di lokasi lain tidak lama lagi.
Mytayar.com membenarkan Network Workshops untuk memasukkan harga mereka secara langsung di laman web semasa mengikuti standard harga kami, pengguna dapat memilih pelbagai pilihan tayar pada harga yang kompetitif. Harga kompetitif adalah hasil daripada standard harga piawai.
Contohnya, Bengkel A mungkin menawarkan harga yang rendah pada tayar Michelin tetapi bukan untuk tayar Continental yang lebih murah oleh Bengkel B. Oleh itu, pengguna boleh memilih harga terendah atau membuat keputusan berdasarkan lokasi jarak / workshop location. Ini memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat keputusan termaklum. Mytayar.com juga telah menyamakan aspek teknikal tayar dengan itu meninggalkan aspek komersil, harga dan lokasi, untuk dipilih oleh pengguna sendiri.
Lihat gambar di bawah di mana tayar yang sama Continental ComfortContact 6 saiz 175 / 65R14 ditawarkan pada harga yang berbeza oleh setiap bengkel individu.
Mytayar juga sangat yakin bahawa harga di laman web ini sangat kompetitif memandangkan yang berikut: -
- Bengkel Rangkaian kami tahu bahawa harga perlu lebih rendah dalam talian berbanding dengan yang ditawarkan untuk berjalan di pelanggan
- Laman web kemudian akan menunjukkan harga dari semua Network Workshops untuk keputusan pengguna
Berikut adalah cabutan entri blog Mytayar.com
https://mytayar.com/blogging/2018/01/17/jimat-ker-kalau-beli-tayar-ikut-mytayar-com-ni/ yang membandingkan harga terhadap kedai tayar yang popular di Lembah Klang. Harga Mytayar.com lebih murah sekurang-kurangnya 15% berbanding dengan mereka.
Di samping harga bersaing dan "Jimat, Mudah dan Telus" cara membeli tayar, pengguna juga menikmati perlindungan apabila membeli melalui laman web Mytayar.com. Mytayar mengenakan syarat bahawa Network Workshops menghormati harga yang ditunjukkan di laman web dengan itu meminimumkan risiko harga berubah di bengkel. Apa-apa percubaan untuk menipu pengguna oleh Network Workshops akan ditangani dengan tegas apabila dilaporkan kepada Mytayar.com.
Dibawah ni Murni share cara-cara untuk membeli tayar melalui website ni. Harap dapat membantu.
1. Search mytayar.com di google.com
2. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti jenis produk/jarak/tempat anda berada dan click “Get Your Search Result”.
3. Keluarlah result yang korang search tadi
4. Dibelah kiri tu korang boleh filter bajet korang, nak tayar jenama apa dan sebagainya. (ala macam shopping kat lazada haha)
5. Pilih tayar mana yang korang nak dan klik “GRAB NOW”
6. Masukkan details korang, nak tayar mana dan banyak mana kan. Ni sebagai contoh Murni ambik sebiji tayar sahaja dan Murni kena bayar booking RM10.60 untuk 1 tayar so total deposit untuk sebiji tayar hanya RM10.60. Baki perlu dibayar semasa dah settle semua nanti dan deposit tidak akan dipulangkan ye kalau tak jadi hehehe
. Last but not least - checkout dan bayar
Sebelum buat bayaran korang kena login dulu dan kalau korang belum ada akaun boleh sign-up, ala mudah je. Macam mana nak bayar? Korang boleh bayar melalui online banking / Credit Card / Debit Card / PayPal
Kalau korang masih kurang faham dengan apa sha terangkan korang boleh rujuk step kat bawah ni :)
kepada pemilik pemilik kereta tu, selalulah servis kereta ye supaya tak berlaku perkara yang tak diingini. Tambahan musim perayaan ni, nak balik kampung ke nak jalan jauh jauh ke pastikan check tayar kereta dan jangan lupa servis kereta!
Website : https://mytayar.com/
Facebook : https://facebook.com/ mytayardotcom
0 ulasan