Pengalaman Memanjakan Diri di Teratak SPA, Penang | SPA Terbaik di Pulau Pinang
12:33 PM
Assalamualaikum..
Sabtu lepas, selepas balik kerja halfday Murni sempat singgah di Teratak SPA Bayan Lepas, Penang. Sebenarnya dah lama Murni berhajat nak datang kesini. Sekali sekala teringin nak memanjakan diri setelah seharian penat bekerja dan menguruskan urusan rumahtangga dan anak2. Orang kata "Me Time" untuk ibu2 yang super duper busy gitu. Mujur ada kawan yang sekepala dan dia dah tolong booking slot siap2 untuk sesi pukul 1.00 ptg. Dan tepat2 pukul 12.30 tgh kami dah terpacak depan Teratak SPA ni..nampak sangat dah tak sabar kann..
Sabtu lepas, selepas balik kerja halfday Murni sempat singgah di Teratak SPA Bayan Lepas, Penang. Sebenarnya dah lama Murni berhajat nak datang kesini. Sekali sekala teringin nak memanjakan diri setelah seharian penat bekerja dan menguruskan urusan rumahtangga dan anak2. Orang kata "Me Time" untuk ibu2 yang super duper busy gitu. Mujur ada kawan yang sekepala dan dia dah tolong booking slot siap2 untuk sesi pukul 1.00 ptg. Dan tepat2 pukul 12.30 tgh kami dah terpacak depan Teratak SPA ni..nampak sangat dah tak sabar kann..
Sebenarnya ini adalah pengalaman pertama Murni datang ke Teratak SPA ni walaupon sebelum ni dah banyak kali tengok kawan2 facebook duk update mereka datang buat treatment SPA disini. Murni teringin tapi malu dan takde kawan nak temankan. Kebetulan haritu kawan Murni, Blogger Zai Zamree nak datang buat treatment postnatal (selepas confinement) so tumpang 2 kaki laa. Seminggu sebelum hari yang dijanjikan pon Murni dah minta izin suami serta minta tolong dia jagakan baby Zulaikha sebab ibu nak gi 'Me Time' jap kat Teratak SPA, mujur suami faham dan izinkan.
Teratak SPA ni terletak di Bayan Baru, dekat Bukit Jambul. Kalau tak tahu Waze jer terus Waze bawa jalan sampai depan pintu Teratak SPA ni. Kalau dari Penang Airport pon hanya mengambil masa 10 minit jer kalau jalan tak jem. Okay kita dah sampai, jom kita masuk jengah apa yang menarik dekat Teratak SPA ni. Murni pon dah tak sabar ni..hehehe
Melangkah masuk jer ke dalam kita seolah2 masuk ke dalam taman hijau. Di tepi pintu ada air terjun dan di depan pintu ada kolam ikan dimana ikan2 kap berenang2 dan suasana sejuk dan damai jer. Wallaweii, kenapa laa kami tak pernah tahu ada tempat yang best macam ni ditengah-tengah bandar ni. Ehehehe. Tengok tu betapa hepi muka kawan Murni Blogger Zai Zamree tu. Padahal penat baru balik dari Event Company dia tu..
Masuk2 kita akan jumpa sebuah pangkin kayu yang menggamit kami untuk duduk dan ber posing. Ni kalau tak kerana kejar masa dah lama landing dan baring2 dah kat sini..ehehe
Sesampai sahaja dipintu Teratak SPA kami disambut dengan senyuman manis dan ramah mesra dari pekerja Teratak SPA ni. Disini sudah menjadi tradisi sebelum masuk kedalam kami diminta menanggalkan kasut dan pekerja SPA akan menyiram kaki kita dengan air sejuk dari tempayan. Wah tiba2 terasa segar kerana air tempayan yang sejuk tu memang memberi kesegaran pada kaki kami. Lepas basuh kaki kami juga diminta mengetuk gong kecil sebagai tanda selamat datang ke Teratak SPA.
Petang itu kami dilayan dengan mesra oleh Miss Rossa selaku supervisor pada petang itu. kami juga diberi consultation form untuk diisi.
Sementara mengisi Consolation Letter kami dihidangkan dengan air Jus Asam Jawa dan juga dibekalkan dengan tuala sejuk berangin berperisa mint untuk mengelap muka kami. Tiba2 rasa fresh dan lidah pon sedap jer menikmati jus asam jawa yang masam2 manis ni. Mereka juga tak kedekut ilmu share resepi air asam jawa ni. Balik rumah nanti boleh laa cuba buat sendiri. Memang sedap tau Murni suka rasa dia. Kebaikan jus asam jawa ni adalah untuk kesihatan dan kecantikan. Kebetulan Murni masa ni tengah tak sedap tekak kerana batuk2, bila kena jus asam jawa suam ni terasa segar jer..
Sementara menikmati jus asam jawa ni sampai habis, Miss Rossa memberi kami memilih minyak untuk digunakan masa urutan nanti. Terdapat 3 jenis iaitu citrus untuk refreshing, rose untuk romantic & lemongrass untuk muscle relief. 3 jenis minyak ini ada campuran essential oil yang lain juga. Kami berdua pilih citrus kerana baunya menyegarkan. Tapi kalau yang nak kawen tu boleh try ambik Rose, memang romantik & relaxing gittew..
Okay dah habis minum Jus Asam Jawa, kami pilih SPA Menu pulak. Disini terdapat 'SPA Package' dan juga 'Ala Carte'. Untuk permulaan ni Murni hanya cuba 'Package Si Pinang Muda'. Package Si Pinang Muda ini mengambil masa 100 minit. Dan ada 5 sesi rawatan iaitu Welcome Foot Ritual, Holistic Massage, Relaxing Aroma Eye Pillow, Body Scrub & Kafir Lime Scalp Massage. Pendek kata all in 1 package laa, head to toe gitu. Kawan Murni haritu ambik package lepas berpantang. kalau nak tahu cerita beliau boleh terjah blog Zai Zamree. Harini Murni nak cerita pasal Package Si Pinang Muda sahaja..hehehe
Dah alang2 Murni dah suka kat Teratak SPA ni Murni join member terus laa. Haritu bila dah join member Murni dapat 20% discount daripada harga SPA Package, dan next time kalau Murni bawa kawan Murni akan dapat 30% discount pada next treatment Murni nanti. Yang paling best setiap Birthday Month Murni akan dapat 50% discount. Tak sabar nak tunggu bulan February nanti. Boleh laa Murni memanjakan diri disini pada bulan kelahiran nanti. Untuk jadi member, yuran dikenakan sebanyak RM50 sahaja untuk setahun. Dan untuk next year kalau nak renew hanya kena RM25 sahaja kerana kita dah ada akaun di Teratak SPA ni.
Okay setelah semua siap kami dibawa ke Bilik Hang Li Po, kat sini boleh melakukan SPA untuk 2 orang. Kalau kawan2 nak datang dengan kawan atau suami boleh ambik bilik ini. Di Teratak SPA pon ada therapist lelaki tetapi kalau nak kena booking dulu sebab therapist lelaki ni cover banyak cawangan dan dia tak tetap di Penang sahaja. So mesti booking dulu. Berbalik pada rawatan kami pada petang itu kami bertuah kerana dapat therapist yang terbaik iaitu Miss Syaza dan Miss Aishah.
Sebelum membuat rawatan, kami perlu menyalin pakaian dan memakai baju yang disediakan. Segala barang kemas dan aksesori wajib ditanggalkan dan disimpan dalam kotak berkunci. Jadi jangan risau takkan hilang punya..hehehe
Okay bila dah salin pakaian kami diminta duduk dikerusi untuk melakukan 'Welcome Foot Ritual'. Ya Allah sedapnya bila dapat rendam kaki dalam air ini sambil diurut dan di scrub lembut oleh therapist. Rasa relax jer. Almaklum kaki ni banyak sangat bekerja. Sekali sekala dimanja rasa heaven sangat. 'Welcome Foot Ritual' mengambil masa lebih kurang 10 minit.
Okay selepas dah siap urutan kaki kami terpaksa berpisah sementara kerana kawan Murni perlu pergi ke bilik sebelah untuk bertangas. Setelah menyalin pakaian dan Murni memulakan sesi 'Holistic Massage' pulak. Murni awal2 minta therapist membuat medium massage sahaja kerana Murni jenis yang tak tahan sakit. Tapi sekiranya kawan2 ada yang nak 'hard massage' atau 'slow massage' just bagitahu therapist. Jangan malu dan segan.
Dah habis 'Holistic Massage', therapist melakukan 'Body Scrub' pulak. Wahhh memang best dapat scrub satu badan sebab part2 yang susah untuk kita lakukan scrub sendiri ada orang yang tolong scrubkan contohnya dekat belakang badan. Dah habis 'Body Scrub', tiba masanya kepala kita dimanja dengan 'Kaffir Lime Scalp Massage'. Murni puji Teratak SPA punya bahan untuk rawatan semuanya segar2 belaka. Dan therapist yang melakukan rawatan pon sangat berpengalaman dan berlemah lembut. Walaupon lembut tetapi setiap pergerakan yang mereka lakukan kita rasa selesa. Tak caya boleh cuba sendiri.
Dah habis rawatan mereka bagi kita relax dulu dalam masa 10 minit. Murni sampai terlena laa. Mana taknya dengan alunan muzik inang dan irama Malaysia dulu2, mau tak terlena. Dah habis rawatan Murni diminta mandi dan bersiap2. Segala peratan shower disediakan malah hair dryer pon disediakan.
Di ruang tengah ada dipamerkan segala koleksi award yang telah diterima oleh Teratak SPA dan barang2 yang digunakan semasa rawatan. Kalau berminat nak beli boleh jer minta pada therapist yang bertugas. Kalau kita seorang member boleh dapat 10% diskaun. Jangan lupa..hehehe
Sebelum balik kami dihantar sampai ke pintu besar oleh pekerja Teratak SPA ni. Mereka sangat2 mesra dan ramah. Terima kasih atas layanan semua. InshaAllah kami akan datang lagi..
Teratak Spa
31, Jalan Tun Dr Awang,
Taman Bayan Baru, 11950
Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
Tel: 04-6383821
Website: teratakspa.com.my/
FB: www.facebook.com/teratakspahq/
IG: www.instagram.com/teratakspabayanbaru/
Business Hours:
Mon - Sun: 10am to 8pm
Closed on Wednesdays
Selamat berspa!!!
31, Jalan Tun Dr Awang,
Taman Bayan Baru, 11950
Bayan Lepas, Penang, Malaysia.
Tel: 04-6383821
Website: teratakspa.com.my/
FB: www.facebook.com/teratakspahq/
IG: www.instagram.com/teratakspabayanbaru/
Mon - Sun: 10am to 8pm
Closed on Wednesdays
Selamat berspa!!!
21 ulasan
wah..bestnya SPA..:)
ReplyDeleteBestnya murni dapat memanjakan diri dengan spa gitu.. fuh.. mesti terasa segar dan happy lepas dapat relaks dan membelai badan kat situ kan.. tempat spa nya pun macam selesa je tengok
ReplyDeletebeen waiting to do spa for a long time. we need to pamper ourselves too. Busy mom life and is good that you shared here so I can let friends to know too. We like spa and Penang has been long time no visit, can make this as one of travel list.
ReplyDeleteseronoknya sekali sekala manja2 diri. esok nak p bayan lepas nak p jenguk la teratak spa nih.
ReplyDeleteCantiknya tempat ni. Nampak macam hotel eksotik pun ada. Tapi tengok harga dia pun bukan calang calang tu hahahah
ReplyDeletePerkara yang SA paling suka adalah memanjakan diri kat spa..best kan..lepas tu rasa segar jer badan...lepas ni nak pi spa jugak la..
ReplyDeleteLama dah akak tak berspa ni tau. In sha Allah cuti sekolah akan datang ni, kami rancang nak ke Penang, boleh ler coba di Teratak Spa ni. Thanks for sharing sis
ReplyDeleteCara Nak Hubungkan Nama Domain KeWebhosting
Wah bestnya dapat manjakan diri kat spa spa high class macam ni. Nanti nak p jugak la.
ReplyDeleteWahhh bestnya. hari tu baru bgtau husband teringin nak pi memanjakan diri berspa. boleh la try pergi kat sini. Dh la cantik tempat dia.
ReplyDeleteBestnya lahai dapat manjakan diri kat Spa. Lama kot rasanya sis tak ke Spa..jeles tol tgok org ke Spa. Bilalah ada peluang sis pulak ni. Cantik tempat ni..tapi jauhlah pulak dr KL..:D
ReplyDeleteTempat dia, best betul. .Macam dalam hutan. .Tenang je kalau tempat mcm ni. Sekali sekala dapat spa beat snagat. .kenap jauh sangat dekat penang. .hehehe
ReplyDeleteWah bestnya ada SPA mcm ni. Cantik persekitaran dan pekerja2 pun nampak sopan. Hehehe. Harga pun not bad. Seronok la yer bermassage2 kt sini.
ReplyDeleteSesekali penat bekerja kena juga ada Me Time kan .Salah satunya manjakan diri kat spa. Badan akan rasa tenang dan rileks saja bila diurut kan . Lama dah tak pergi spa .Nanti kena pergi juga spa manjakan diri
ReplyDeleteCanteknya tempat ni. rasa damai jer bila ada kat sini. Kita suka me time dengan spa. Rasa tenang dan relaks jer. Apatah lagi dapat urut2 lagi syok
ReplyDeleteWaaa.. Bestnya sesekali berspa.
ReplyDeleteDapat hilangkan lengguh lengguh badan tu kan.
Surirumah pun kena juga ke spa kan.
Sebab banyak buat kerja seharian non stop.
Best nyer dapat relax and massage kat spa macam kat resort ni. I also need to book my massage la.
ReplyDeleteLamanya Rawlins tak memanjakan diri kat spa. Rawlins suka kena pamper macam nie - lega satu badan selepas setiap sesi spa. Now I want to go visit a spa.
ReplyDeleteawat dekat sangat ...huhuhu , tapi kalau ada peluang jalan2 ke penang boleh jugak curi masa spend me time kat sini ....sukalah laokasi dia yang macam dalam hutan tu ..mesti relax jer perasaan ...patut bos2 kena lanjer staf2 pergi sini untuk kurangkan stress...barulah prestasi kerja dapat ditingkatkan...ehehe sekadar cadangan jer..ok bosskurr
ReplyDeleteOmg.. I love this kind of spa retreats... Hopefully during my next visit to penang.. I will get the chance to try them out too
ReplyDeleteLook modern la this place..I like.
ReplyDeleteThanks for sharing dear
ReplyDelete