BEAUTEA by SAFI Dengan 100% Ekstrak Teh Premium Melindungi Kulit Wajah Dari Pencemaran, Stress dan Kosmetik
12:49 PM
Melindungi Kulit Wajah Dari Pencemaran, Stress dan Kosmetik
Wanita masa kini percaya kulit yang cantik adalah kulit yang sihat diserlahkan secara semulajadi. Namun tidak mudah untuk mereka merealisasikan impian ini kerana sering terdedah kepada 3 punca masalah kulit utama yang menjadi cabaran wanita masa kini iaitu pencemaran persekitaran, stres dan kosmetik.
Memperkenalkan BEAUTEA by SAFI dengan 100% teh premium - Sebuah jenama pertama yang memfokuskan terhadap penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti White tea, Green Tea dan Black Tea, dipilih dengan teliti berdasarkan keunikan dan manfaat kecantikan kulit wajah yang telah terbukti berkesan.
Menjadi wanita berjaya dan tampil cantik pada masa yang sama bukannya sesuatu yang mudah. Namun bukan juga sesuatu yang mustahil. Pengembaraan kecantikan itu sama seperti kehidupan, pasti ada cabaran yang menguji keyakinan. Sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumah, kita mula terdedah kepada tiga punca masalah kulit utama yang menjadi cabaran kepada wanita masa kini. Punca pertama adalah pencemaran persekitaran seperti debu kotoran, asap kenderaan, sinaran UV dan radikal bebas menjadi penyumbang kepada masalah kulit kusam, bintik hitam dan masalah penuaan pramatang.
Ditambah dengan tekanan jadual harian yang padat, berjaga lewat malam, serta masalah hormon tidak seimbang pula bertindak sebagai punca kedua masalah kulit yang mengumpul minyak di bawah lapisan kulit wajah seterusnya menyebabkan jerawat, tekstur kulit berminyak serta tona tidak sekata.
Bagai musuh dalam selimut, punca ketiga adalah sisa kotoran bahan kosmetik yang tidak dibersihkan dengan menyeluruh. Ini akan mengumpul bakteria dan memakan kulit wajah kita sendiri menjadikan pori tersumbat, kulit semakin kasar, kering dan mengalami dehidrasi. Bahan kosmetik yang disangka mencantikkan wajah, akhirnya memakan diri.
Jadi, apakah cara untuk memerangi 3 punca masalah kulit wanita masa kini ini?Secara alami, antioksida merupakan benteng pertahanan semulajadi kulit muka yang berupaya mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel kulit wajah dari kerosakan akibat radikal bebas. Namun peningkatan usia menjadikan penghasilan antioksida semakin berkurangan. Oleh itu, antioksida daripada sumber luaran adalah jalan penyelesaianya!
Ia boleh didapati dari sumber bahan semulajadi contohnya pokok teh yang mengandungi antioksida yang tinggi, terkenal dengan pelbagai manfaat kecantikan kulit wajah yang dapat membantu anda memiliki rupa paras yang sihat, berseri dan cerah bermaya.
Menguasi pasaran Malaysia selama 2 dekad dalam kategori penjagaan diri dan wajah, SAFI memahami keperluan sebuah produk penjagaan kulit wajah khusus bagi mengatasi masalah kulit wajah masa kini. Memperkenalkan, BEAUTEA by SAFI dengan 100% teh premium menjadikan jenama ini sebuah jenama pertama yang memfokuskan terhadap penggunaan pelbagai jenis daun teh seperti White Tea, Green Tea dan Black Tea yang dipilih dengan teliti berdasarkan keunikan manfaat bagi kecantikan kulit wajah yang telah terbukti berkesan.
Inovasi sains kecantikan terbaharu SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit muka oleh SAFI RESEARCH INSTITUTE - sebuah makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya.
BEAUTEA by SAFI menggabungkan manfaat 100% ekstrak teh premium yang kaya dengan antioksida dan bahan aktif semulajadi yang membersih dan melindungi kulit wajah dari radikal bebas dengan efektif. Ia diuji secara dermatologi, BEBAS daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna, alkohol, Paraben, dan semestinya diperakui Halal oleh JAKIM.
Rangkaian BEAUTEA by SAFI menawarkan 3 jenis pembersih dan 1 skrub muka. Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari radikal bebas.
Hasilnya? BEAUTEA by SAFI menjadikan kulit kembali halus, sihat dan berseri, bebas dari musuh kulit!
BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea & Damask Rose
✓ Menghidrat
✓ Mengecilkan liang pori
Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bertindak membersih pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada kulit wajah anda. Dirumus dengan gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksida agar dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori.
*Produk ini sesuai untuk kulit kering dan normal
BEAUTEA by SAFI Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea & Neem
✓ Melindungi kulit daripada jerawat
✓ Melindungi kulit daripada jerawat
✓ Mengawal sebum
Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini merupakan hasil gabungan ekstrak Green Tea & Neem yang padat dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit daripada serangan radikal bebas. Ia melegakan kerengsaan kulit sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan bekas parut jerawat.
*Produk ini sesuai untuk kulit normal dan berminyak
BEAUTEA by SAFI Pembersih Muka Detoks – Black Tea & Black Orchid
✓ Membantu kulit untuk detoks
✓ Bebas haruman dan sesuai untuk kulit sensitif
✓ Mencegah tanda awal penuaan
Pembersih yang mengandungi Asid Amino dan bertekstur krim ini sangat lembut dan bebas sabun, dirumus dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan 2x manfaat antioksida yang berupaya membersih kotoran dengan mendalam, membantu kulit untuk detoks sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit wajah dari masalah penuaan awal.
*Produk ini sesuai untuk kulit sensitif
BEAUTEA by SAFI Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea
✓ Membuang sel kulit mati agar kulit tidak tersumbat
Krim skrub yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan bertindak membersihkan liang-liang kulit wajah, menggelupas tanpa mengeringkan kulit. Ia berfungsi bagi membantu memulihkan tekstur, melicinkan dan mecerahkan kulit. Hasilnya, kulit cerah dan berseri.
*Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit
Anda sudah bersedia untuk merasai manfaat transformasi kecantikan dan menewaskan musuh kulit wanita masa kini dengan BEAUTEA by SAFI yang diperkaya dengan 100% ekstrak teh premium? Picit tiub pada tapak tangan dan gosok bersama air sehingga berbuih. Oles keseluruh wajah dengan gerakan putaran. Bilas dengan air dan nikmati kulit wajah yang bersih dan segar semulajadi.
Rangkaian BEAUTEA by SAFI dijual pada harga RM23.20(150g) boleh didapati di semua farmasi terpilih di Malaysia dan di atas talian. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.my dan laman Instagram SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia.
Rangkaian BEAUTEA by SAFI dijual pada harga RM23.20(150g) boleh didapati di semua farmasi terpilih di Malaysia dan di atas talian. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.my dan laman Instagram SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia.
Ayuh bina keyakinan diri setiap wanita bersama dengan berkongsi kisah transformasi kulit sihat SAFI anda dengan memuat naik di profil media sosial berserta tanda pagar #BEAUTEABYSAFI #SAFIMALAYSIA #PREMIUMTEACLEANSERS .
1 ulasan
menarik yang green tea n neem tu. teringin nak cuba sebab kulit selalu naik jerawat. thanks share
ReplyDelete