Chu Char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner di C'est Si Bon, Vouk Hotel Suites
3:07 PM
Assalamualaikum..
Harini Murni nak kongsikan satu good news bagi para peminat Seafood yang ingin merasai kenikmatan menjamahnya hidangan Seafood di Hotel 5 Bintang. C'est Si Bon di Vouk Hotel Suites menawarkan Makan Malam Semi Buffet "Chu Char Ikan Bakar" yang mempamerkan pelbagai hidangan lazat yang dibuat dari makanan laut yang mewah dan dimasak dengan gaya asli Asia Tenggara untuk menggelitik lidah anda serta membawa anda pengalaman makan yang malam yang istemewa.
Semi buffet ni hanya setiap hari Jumaat dan Sabtu start dari pkul 7PM sampai 10PM sahaja di Cest Si Bon Restaurant. Dengan harga sangat berpatutan untuk Pakej Chu Char Ikan Bakar. Vouk Hotel hanya jual fresh seafood sahaja, semua seafood diambil dari Teluk Bahang. Seafood pulak harga mengikut timbang per/Kg.
Dari laut terus ke meja anda, hanya tangkapan segar yang dimasak dengan pelbagai gaya memasak seperti Ikan Nyonya Style Deep Fried, Teochew Style Steamed Fish, Kam Heong Clams dan lain-lain yang disesuaikan dengan citarasa anda. Untuk masakan akan dikenakan caj sebanyak RM10/dish.
Salted Egg Crab |
Lala Kong Po Style |
Deep Fry Squid |
Prawn Kam Heong |
Pari Bakar |
Siakap Three Flavoured Sauce |
APPERTIZER, SOUP, RICE & DESSERT boleh makan percuma dekat buffet line free flow makan sampai puas.
Buah-buahan segar seperti Honeydew, Tembikai, Papaya dan Home-Made Jellies juga dihidang sebagai Hidangan pencuci mulut secara free flow.
Setelah memilih menu hidangan sambil menunggu kita makan laa dulu desert dan juga salad yang terhidang. Tiada bayaran sebab sudah termasuk dalam harga pakej Chu Char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner ni.
Okay makanan yang kami order dah sampai. Jom menjamu selera.
Kalau hangpa tak mau ambil seafood timbang, juga boleh ambil set seperti di bawah. Sangat menjimatkan dan berbaloi.
Set Menu yang ada..
Set For 2 – 4 Person
( RM 88.00 )
- Sea Bass Fish
- Sayur Campur
- Telur Dadar
- Sotong Goreng Tepung
Set For 6 – 8 Person
( RM 118.00)
- Sea Bass Fish
- Sting Grey Fish
- Sayur Buncis Goreng Taukua
- Telur Mata Siam
- Sotong Goreng tepung
Set For 10 – 12 Person
( RM 158.00 )
- Sea Bass Fish
- Sting Grey Fish
- Lala with Kam Heong
- Sayur Kai Lan Ikan Masin
- Telur Bistik
- Sotong Goreng Tepung
*APPERTIZER,SOUP,RICE & DESSERT FREE EAT ALL YOU CAN
Semi Buffet Dinner "Chu Char Ikan Bakar" di Restoran C'est Si Bon, Vouk Hotel Suites Penang ini hanya disediakan pada hari Jumaat dan Sabtu dari 7.00 malam hingga 10.00 malam hingga akhir tahun 2019. Tempahan awal disyorkan untuk mengelakkan kekecewaan.
Untuk pertanyaan / tempahan, hubungi +604 370 8333
0 ulasan