Review Lunavie Antibacterial Air FaceMask untuk Dewasa dan Kanak2
6:16 PM
Pada 22 Julai baruni anak anak darjah 1 hingga 4 telah kembali semula ke sekolah setelah sekian lama bercuti kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi membendung penyebaran virus Covid 19. Anak2 Murni sangat teruja kerana telah lama tak pergi sekolah. Sepanjang tempoh seminggu sebelum bercuti untuk Hari Raya Haji tu Murni hanya bekalkan anak2 dengan 3 keping disposable face mask 3 ply yang Murni beli tapi selalunya semua face mask yang diberi akan rosak (putus tali). Biasa laa budak2 kan mesti lasak dan kualiti disposable face mask tu talinya tak berapa kuat.
Dah tak tahan asyik kehabisan jer face mask anak2, Murni bercadang untuk beri mereka face mask kain yang boleh dibasuh. Tapi Murni tak laa nak beli face mask kain yang biasa dijual dalam online tu. Murni mesti menitikberatkan kualiti dan keberkesanan face mask ni. Bukan hanya untuk menutup muka sahaja tapi untuk keselamatan dan kesihatan anak2 mMurni juga. Banyak faktor yang akan Murni teliti sebelum membeli face mask kain dipasaran. Dalam Murni duk survey2 tu Murni terjumpa satu jenama yang Murni biasa beli produk mereka masa mengandung dan menyusu iaitu face mask keluaran LUNAVIE.
Lunavie Anti Bacterial 3D Face Mask
Jenama Lunavie ini sudah lebih 35 tahun berada di pasaran dan mengeluarkan barangan nursing, maternity, Baby Essentials dan Feeding Accessories. Dan sekarang Lunavie tampil dengan produk Air Face Mask yang boleh dibasuh dan diguna semula dengan ciri-ciri antibakteria dan perlindungan tiga lapisan. Jadi Murni tak mahu ketinggalan mahu juga mencuba produk terbaru keluaran mereka kerana pada sebelum ini Murni sangat berpuas hati dengan produk keluaran mereka.
Perlindungan anti-bakteria dengan 3 lapisan
Material untuk lapisan paling luar merupakan dari jenis polyester yang kalis air. Lapisan tengah adalah non-woven fabric dan lapisan paling dalam adalah fabrik jenis kapas yang lembut, tinggi daya serapan lembapan dan bersifat anti-bakteria.
Ukuran Face Mask Dewasa dan Kanak-kanak Yang sesuai
Kebiasaannya pelitup separuh muka jenis cotton dan dijahit sendiri ini ada bermacam-macam variasi dari potongan dan saiz. Apa yang Murni suka dengan Lunavie Air Face Mask adalah bentuk potongannya yang kemas mengikut curve hidung dan jawline pemakai, membuatkan ia nampak elok terletak di muka. Litupan dia cukup luas sehingga ke bawah dagu dan ke pinggir pipi menghampiri ke telinga. Jadi face mask ini sangat2 memenuhi ciri keselamatan yang kita inginkan.
Yang istimewa Face mask ini adalah didatangkan bersama valve ini sangat function untuk pemakai kacamata kerana wap udara akan keluar melalui valve tersebut. Jadi takde laa kacamata kawan2 akan kelabu bila terkena wap udara. Disamping itu kawan2 tak perlu risau akan risiko partikel or whatever outside cuba curi-curi masuk through the valve sebab valve ini hanya terbuka semasa menghembus nafas, dan tertutup rapat semasa menarik nafas. Best kan??
Saiz tali juga boleh laras jadi memudahkan kita dan anak2 kita memakainya.
Hanya boleh dibasuh dan diguna semula 30 kali
Air Face Mask dari Lunavie hanya boleh dibasuh dengan cucian tangan sahaja dan menggunakan sabun yang delicate dalam suhu biasa, iaitu 20°-30°C. Jadi setiap hari selepas mereka balik dari sekolah Murni akan membasuhnya. Jadi selepas sebulan menggunakan face mask ini Murni terpaksa menukar kepada yang baru. Tapi bagi Murni still jimat sebab harganya berpatutan dan tahan lasak.
Jadi setakat ini sahaja perkongsian Murni pada kali ini. Untuk info lajut mengenai facemask ini sama ada dari segi harga, cara-cara nak membeli, kawan2 boleh terus layari laman web Lunavie di LUNAVIE.COM/face-mask-for-kids-and-adult. Terima Kasih.
0 ulasan