­
Coretan Murni Alysa : Cosmoderm Perfect Balanced Dengan Prebiotik & Calamine | Review Cosmoderm Pink Baru

Cosmoderm Perfect Balanced Dengan Prebiotik & Calamine | Review Cosmoderm Pink Baru

11:18 AM

Assalamualaikum..

Apa khabar semua..Murni nak tanya disini siapa pengguna setia rangkaian produk dari Cosmoderm. Baru-baru ini Cosmoderm telah melancarkan Cosmoderm Perfect Balanced dengan rumusan Prebiotik dan Calamine untuk produk penjagaan wajah dengan kotak pink yang sangat menarik. Jom kita baca review penuh..



Bila korang tengok packagingnya korang akan tentu tertarik kerana warnanya yang begitu menyerlah sekali iaitu PINK. Kebiasaanya produk Cosmoderm, packgingnya lebih kepada warna-warna biasa seperti kuning, hijau dan merah, seriously Murni memang sangat sukakan packaging kali ini.Ehehehe dah tua pon masih minat warna pink..

Cosmoderm memang terkenal dengan produk penjagaan kulit muka yang pelbagai jenis seperti normal, berminyak, kulit kering dan sensitif.

Kali ini set Cosmoderm Perfect Balanced di datangkan dengan 2 formulasi iaitu prebiotik dan calamine. Kedua-dua formulasi ini mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri.



Keempat-empat produk dari Cosmoderm Skin Lab Perfect Balanced diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan BEBAS dari:

• Paraben ( Paraben )
• Wangian ( Fragrance )
• Pewarna Buatan ( Artificial Colorant )


Perfect Balanced Foaming Cleanser 


Perfect Balanced Foaming Cleanser ini diformulasi dengan bahan yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Produk ini Ianya bebas paraben, fragrance, SLS / SLES dan pewarna tiruan. Kebaikan produk ini adalah dapat membersihkan wajah secara 'deep clean' sekaligus menghapuskan kotoran dan celaan pada wajah kita. Ianya juga dapat mengurangkan masalah minyak berlebihan di muka.

Ini merupakan langkah pertaman dalam rutin penjagaan wajah. Membersihkan kulit dengan hanya picit sedikit (mengikut amaun yang dikehendaki) ke telapak tangan. Campurkan sedikit air dan bersihkan ke seluruh wajah dan bilas


Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion


Seterusnya kita gunakan Perfect Balanced Toning Lotion. Ianya adalah dalam berbentuk cecair berwarna mereah jambu. Diformulasi dari calamine dan juga 20,000ppm prebiotik yang dapat melegakan masalah kemerahan, merangsang keupayaan fungsi penyerapan kulit dan melembap. Selain itu produk ini juga dapat meningkatkan pertahanan semulajadi dengan mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit. Paling penting ianya selamat digunakan bebas paraben, pewarna dan pewangi tiruan.

Setelah muka selesai dibersihkan, lap kering. Seterusnya letakkan sedikit toning lotion ke telapak tangan dan tekapkan sahaja dimuka secara perlahan-lahan.


Cosmoderm Perfect Balanced Wow Cream


Untuk langkah ketiga, gunakan Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream bagi tujuan untuk melembapkan wajah. Sememangnya produk ini dapat memberi 3x peningkatan kelembapan kulit, mengembalikan kelembapan kulit yang hilang serta dapat mengurangkan cela pada permukaan kulit.

Diformulasikan dengan calamine pekat dan 30,000ppm bertujuan untuk memeri kelegaan kepada kulit dan memperbaiki daya ketahanan kulit.

Krim ini berwarna gabungan pink dan putih. 

Tekstur krim yang agak likat sedikit. Hanya sapu krim secara menyuluruh ke seluruh wajah dan leher. Krim ini boleh digunakan pada waktu siang dan malam.

Cosmoderm Perfect Balanced SunMilk SPF 25 PA ++


Produk terakhir adalah Cosmoderm Mineral Sun Milk dengan SPF25PA++. Sememangnya berfungsi untuk melindungi kulit daripada kesan sinar UVA dan UVB.

Produk ini mampu meningkatkan perlindungan terhadap kulit terutama sekarang cuaca yang agak panas. Ini bagi mengekalkan kecerahan kulit selain daripada mengatasi masalah seperti kerengsaan kulit, sunburn dan sebagainya.

Hanya picit sedikit di telapak tangan. Sapukan rata ke seluruh wajah.


Boleh dapatkan produk Cosmoderm Perfect Balanced di semua rangkaian farmasi berdekatan termasuk di Watsons, Guardian dan Aeon Wellness. 

Selain itu boleh juga didapati di platform atas talian seperti www.cosmoderm.com.my atau di Shopee Cosmoderm Offical Store.

Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website:
https://www.cosmoderm.com.my/

Facebook Page:
https://www.facebook.com/Cosmoderm

Instagram Link :
https://www.instagram.com/cosmoderm

 

Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang