7 Masakan Tempatan Pulau Pinang Yang Terkenal boleh ditempah di Foodpanda
12:13 PMAssalamualaikum..
Pulau Pinang bukan saja kaya dengan budaya malah ramai yang datang ke Pulau Pinang semata - mata nak mencuba keunikan makanan di sana. Kalau datang ke Pulau Pinang mestilah nak mencuba makanan yang melambangkan negeri Pulau Pinang kan. Orang kata nak makan yang asli kena lah pergi sana negeri yang terletak di utara Malaysia ini. Macam Murni sendiri sudah menetap selama 15 tahun di Pulau Pinang jadi Murni nak kongsikan sedikit info tentang makanan tempatan Pulau Pinang dan Senarai Penjaja - Makanan Tempatan untuk Penduduk tempatan Pulau Pinang yang boleh kawan2 tempah melalui aplikasi foodpanda.
7 Masakan Tempatan Pulau Pinang Terkenal
Sebenarnya banyak masakan tradisional di Pulau Pinang yang popular. Di sini Murni senaraikan 7 masakan tempatan kegemaran Murni. Semua makanan ini boleh juga ditempah melalui aplikasi foodpanda.
1. Nasi Kandar
Sebut saja nasi kandar, mesti teringat restoran Nasi Kandar yang sangat popular di Pulau Pinang. Keunikan nasi kandar menarik pelanggan sampai beratur panjang nak mencuba nasi kandar dengan pelbagai lauk pauk yang meriah. Nasi kandar mempunyai sejarah yang tersendiri di mana ia dibawa oleh India Muslim atau dikenali dengan Mamak Malaysia.
Nasi kandar adalah satu hidangan nasi kukus dan dihidangkan dengan pelbagai jenis kari malah ada juga hidangan sampingan. Untuk hidangan lauk, nasi kandar sesuai dimakan dengan ayam goreng, daging lembu, telur ikan, udang atau pun sotong goreng. Untuk sayur pula ada campuran sayur seperti kacang bendi, terung dan juga peria.
Yang penting, bagi melengkapkan hidangan nasi kandar, campuran sos kari dituangkan atas nasi. Campuran kuah kari ini lah yang menyedapkan lagi rasa nasi atas satu pinggan.
Nasi kandar yang Murni selalu order melalu aplikasi foodpanda adalah Nasi Kandar Mohamed (Bayan Lepas) & Komtar Nasi Kandar (Georgetown).
2. Laksa Penang
Laksa Penang yang memang cukup popular di Pulau Pinang. Ada yang panggil asam laksa. Kenapa sis cakap macam tu ? Sebab kuahnya lebih cair dan rasanya masam manis. Sis pun memang peminat nombor satu laksa Penang.
Keunikan laksa Penang sebenarnya adalah pada kuah nya. Nenas dan otak udang diletakkan di dalam kuah laksa Penang yang menjadikan kuah laksa lebih sedap dan lain dari yang lain.
Untuk satu mangkuk Laksa Penang dihidangkan bersama dengan hirisan timun, telur, daun salad.
Kalau kawan2 berada di Bayan Lepas Pulau Pinang boleh cuba kedai Cucur Udang Asam Laksa. Memang sedap laksa dia. Juga tersedia untuk ditempah melalui foodpanda aplikasi.
3. Pasembor
Bagi melengkapkan lagi hidangan ini, mestilah ada kuah. Kuah yang serasi dengan pasembor adalah kuah kacang pedas atau kuah merah manis pedas. Sepinggan pasembor pun dah rasa kenyang dan boleh jadi menu diet.
Dsampan Famous Pasembur Campuran Rojak (Bayan Lepas) merupakan tempat yang terkenal dengan kesedapan Pasembur dia..kalau malas nak makan kat sana boleh juga ditempah melalui aplikasi foodpanda.
4. Char Keoy Teow
Kalau nak merasa Char Keoy Teow yang sedap, mana lagi kalau tak Pulau Pinang. Char keoy teow adalah mee beras yang leper. Satu Malaysia rasanya dah sinonim dengan perkataan Char Keoy Teow sebab ia adalah hidangan yang tak kira dimakan untuk sarapan pagi, tengah hari ataupun untuk makan malam.
Untuk membangkitkan lagi aroma Char Keoy Teow mestilah dimasak dengan haba yang tinggi. Bahan - bahan tambah yang lain seperti udang, kerang, telur, cili menyedapkan lagi rasa char keoy teow.
Walaupun char keoy teow ini banyak versi, sekarang dah boleh dinikmati oleh ke semua lapisan masyarakat. Char Kuoy Teow juga boleh ditempah melalui aplikasi foodpanda. Kalau berada di Georgetown boleh cuba Ummar Char Kuew Teow atau Charcoal Seafood Char Koay Teow – 1932 Café.5. Mee Goreng Mamak
Mee goreng Mamak cukup popular di Pulau Pinang dan digemari oleh ke semua lapisan masyarakat. Mee goreng Mamak juga di antara menu yang dipilih oleh pelancong - pelancong yang berkunjung ke Pulau Pinang.
Kelainan untuk mee goreng Mamak ini adalah bergantung kepada penyediaan bahan - bahan yang digunakan. Tidak seperti mee goreng biasa.
Murni sekeluarga sangat suka Mee Goreng Mamak dari kedai Majeed Mee Goreng (Jelutong). Juga boleh ditempah melalui aplikasi foodpanda.
6. Mee Rebus Mamak
1 ulasan
wah sedapnya, bilalah boleh rentas negeri..
ReplyDelete