­
Coretan Murni Alysa : SAFI SHAYLA SUPA HAIR KIT UNTUK WANITA BERHIJAB | Rambut Lembut dan Wangi Kekal Lebih 72 Jam

SAFI SHAYLA SUPA HAIR KIT UNTUK WANITA BERHIJAB | Rambut Lembut dan Wangi Kekal Lebih 72 Jam

10:11 PM

Assalamualaikum semua..

Pertama kali mencuba Safi Shayla SUPA haircare kit terus Murni terus jatuh cinta. Bau dia yang SUPA wangi, SUPA lembut dan menjadikan rambut SUPA ringan tu memang win habis.

Selalu sangat kita dengar orang yang bertudung ni susah betul nak jaga rambut. Silap langkah rambut boleh rosak dan berbau kepam.

Dengan cuaca yang panas lagi cepat kulit kepala berpeluh dan menambah bau kurang enak. Pakej sekali dengan gatal-gatal pada kulit kepala..memang menambahkan stress pada wanita berhijab.

Memahami masalah utama muslimah yang berhijab, SAFI Shayla yang dikenali sebagai Pakar Penjagaan Rambut Hijab telah melancarkan produk terbaru iaitu Safi Shayla SUPA haircare kit yang mengandungi Safi Shayla SUPA Smooth & Fragrant Shampoo & Leave On Cream yang akan menjadikan rambut kita SUPA Lembut, SUPA Wangi dan SUPA Ringan.






Safi Shayla SUPA Haircare Kit

Kalau nak tahu, Siri Safi Shayla SUPA dilengkapi dengan Supa Smooth & Fragrant Shampoo dan Supa Smooth Leave On Cream. Warna botol pink yang ceria dan menonjol melengkapi keperluan penjagaan wanita muslimah.

Bagi aku yang sibuk dengan aktiviti harian, memang sangat praktikal apabila Shayla memperkenalkan Supa Smooth Leave On Cream yang tak perlu dibilas.

Gabungan Supa Smooth & Fragrant Shampoo dan Supa Smooth Leave On Cream berfungsi untuk menjadikan rambut sentiasa ringan, lembut, tidak kusut & berminyak, walaupun memakai tudung dalam tempoh yang lama dengan wangian yang bertahan sehingga 72 jam.

Safi Shayla SUPA haircare kit mengandungi 11x Lebih Nutrisi dengan gabungan 11 Essential Oil yang kaya dengan nutrien iaitu Sunflower Oil, Argan Oil, Olive Fruit Oil, Avocado Oil, Soybean Oil, Chamomile Oil, Lavender Oil, Jojoba Oil, Rosemary Leaf Oil, Sweet Almond Oil & Macadamia Oil.

Dengan Hydra Technology yang boleh membantu melembutkan, melicinkan dan tidak menjadikan rambut korang berminyak walaupun sepanjang hari berhijab. Lebih menarik lagi wangian dari syampu nie bertahan sehingga 72 jam lamanya. Bestkan..



SAFI SHAYLA Supa Smooth & Fragrant Shampoo



SAFI SHAYLA Supa Smooth & Fragrant Shampo tersedia di dalam dua saiz iaitu 320g atau 640g. Gabungan 11 Essential Oil yang kaya dengan nutrien memberikan kelembutan dan menjadikan rambut lebih ringan, lebih halus, tidak berminyak serta lebih terurus dengan wangian yang bertahan sehingga 72 jam.

SUPA Leave On Cream



SUPA Leave On Cream tersedia dalam saiz 120ml. Gabungan 11 Essential Oil yang kaya dengan nutrien membantu rambut keriting menjadi lebih lembut, licin, mudah diurus dan semula jadi.

Terbukti wangian tahan lama sehingga 72 jam berdasarkan ujian makmal yang dijalankan. Cara penggunaan pun mudah sahaja. Untuk dapatkan hasil yang baik, picitkan sedikit cream di tapak tangan kemudian sapu rata di keseluruhan rambut.

Peraduan Whatsapp & Menang Vespa SAFI SHAYLA SUPA


Jangan ketinggalan untuk turut serta dalam peraduan SAFI SHAYLA SUPA dan menang hadiah utama; Supa Pink Vespa yang bernilai RM17,000 dan hadiah wang tunai mingguan hingga RM1,000 kepada pengguna bertuah.

Caranya mudah sahaja, iaitu dengan menyertai Peraduan Whatsapp & Menang Vespa yang diadakan di seluruh negara bermula 1 Julai - 31 Julai 2021, dengan syarat minimum RM15 pembelian mana-mana produk SAFI Shayla SUPA.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai produk: SAFI Malaysia (@safimalaysia)


#ShaylaSupa
#SafiShayla
#RambutSupaHariSupa
















Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

  1. Hydra Technology that can help soften, Write My Essay For Me Cheap smooth and not make your hair greasy even all day wearing hijab.

    ReplyDelete

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang