­
Coretan Murni Alysa : Buffet Ramadan Gurindam Lagenda 2022 @ The Light Hotel Penang | Buffet Terbaik di Pulau Pinang

Buffet Ramadan Gurindam Lagenda 2022 @ The Light Hotel Penang | Buffet Terbaik di Pulau Pinang

9:40 AM

Hanya beberapa bulan Suci Ramadan akan menjelma. Sebenarnya bulan ramdan ni sangat2 dinantikan oleh umat Islam kerana adalah pertemuan semula semua ahli keluarga untuk makan malam yang lazat semasa berbuka puasa bersama. Memandangkan detik yang tidak dapat dilupakan dan sambutan bulan pemberian dan perkongsian ini, The Light Hotel Penang telah menyediakan pelbagai hidangan kulinari yang luar biasa untuk membolehkan semua pengunjung di sini mengalami pengalaman Ramadan yang sempurna. 


Pembuka Selera ( appetizers )

Untuk 1st section, Murni selalu intai bahagian ini. Terdapat lemang, ketupat, cucur, tauhu sumbat dan banyak lagi. Menu ini semestinya popular di kampung-kampung Melayu tradisional kerana jika kita makan sambal pedas ni akan memberikan aromatik dan rasa yang unik pada selera kita. 'Pecah Liur orang kata'. Almaklum dah seharian berpuasa jadi lidah mesti dah tak berapa nak rasa makanan..jadi dengan adanya segala juadah ulam, air asam dan sambal ini akan menambahkan selera kita untuk menikmati juadah ketika berbuka puasa.






Hidangan Utama ( Main Dish )

Terdapat begitu banyak makanan yang lazat dalam bufet sehingga kami tak tahu makanan yang harus dipilih kerana kapasiti perut kami yang terhad. Antara hidangan hebat yang menyambut kami di pintu masuk restoran hotel ialah kambing golek yang diperap dengan baik bersama-sama Sup Gearbox, tandoori dan lain-lain.Tengok gambar pon dah terliur.









Sementara itu, Indian corner menawarkan kari kepala ikan yang lazat, dalca tulang kambing, Ayam Masak ala Chettinad, Sotong Goreng 65 dan lain-lain.









Ikan Bakar Istimewa 



Hidangan Istimewa ( Special Dish )

Senarai ini diteruskan dengan 3 menu bertukar setiap hari . Hidangan yang ditawarkan termasuklah Patin Asam Tempoyak, Assam Pedas Melaka, Telur Itik Masak Lemak Cili Api bersama Betik Muda, Daging Dendeng, Ketam Berlado, Gulai Ikan Masin Nenas, Kambing Gulai Kawah dan banyak lagi. .








Selain itu terdapat juga beberapa hidangan istimewa Cina seperti Uncle Hn'g Nasi Ayam dan Bebola Nasi Itik, Telur Kicap, Otak-Otak Gaya Nyonya,











Pencuci Mulut ( Dessert )

Terdapat pelbagai jenis pencuci mulut yang disediakan seperti ais kacang, kek yang beraneka rasa, buah Melaka, kuih koci, kuih ketayap, Kuih seri Muka, Lepat Pisang, Buah-buahan, aneka jenis kuih raya baru dan lama.











Selain itu untuk kemudahan, pengunjung boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di surau yang disediakan. Surau disediakan berasingan untuk lelaki dan wanita.

Pengunjung juga akan dihiburkan oleh kumpulan Ar-Rayyan sepanjang berbuka dengan alunan lagu irama Arab dan Melayu dari yang lama hinggalah yang terkini.


Harga untuk set Bufet Ramadan 2022 di The Light Hotel:


Dewasa : RM118.00+
Warga Emas: RM98.00+
Kanak-Kanak: RM80.00+

Sekarang masih terbuka Early Bird Promo dengan harga RM98.00 sahaja melalui tempahan di +6043821111.


Untuk maklumat lanjut:

Lokasi: The Light Hotel Penang, Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, Penang, Malaysia.

Laman web: thelighthotelpg.com
FB: www.facebook.com/thelighthotelpg
Instagram: www.instagram.com/the_light_hotel
Email: info@thelighthotelpg.com
Call: +6043821111


Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang