Ramadhan Buffet di G Hotel Kelawai SPOON Bertemakan Selera Kampung
10:32 AMAssalamualaikum
Sedar tak sedar dah lebih seminggu kita berpuasa. Bermacam juadah sudah kita cuba terutama kalau kita berkunjung ke Bazar Ramadan. Apakata minggu2 terakhir ni kita cuba berbuka puasa pula dengan Buffet Ramadan di hotel pula. Kalau kawan2 berada di Penang, Murni nak suggest korang berbuka puasa di G Hotel Kelawai. Pelbagai menu lazat disediakan bertemakan "Selera Kampung" yang semestinya kita cari di bulan Ramadan untuk berbuka puasa. Selain selera kampung, ada pelbagai lagi juadah enak yang disediakan oleh barisan chef yang berpengalaman. Almaklum laa dah haritu hampir 2 tahun hotel ini berhibernasi kerana penangan MCO. Tahun ni mereka kembali beraksi.
Pembuka Selera
Memulakan perjalanan ramadan buffet Murni akan mulakan dengan menu pembuka selera dulu. Pertama sekali yang dicari ketika waktu berbuka adalah bubur lambuk yang lazat. Wajib cuba bubur lambuk kat sini. Dalam setiap masakan tradisional Melayu salah satu perkara utama adalah mencuba ulam-ulaman iaitu aneka ulam tempatan seperti Kerabu Taugeh Kerang serta Acar, Buah-buahan Kering dan Rojak untuk memulakan selera makan anda. Kita boleh pilih sayur-sayuran tempatan atau barat untuk dinikmati bersama sambal dam 7 jenis pencicah yang ditawarkan seperti budu dan cincaluk. Pasti selera anda terbuka untuk menikmatinya. Selain itu terdapat pelbagai ikan masin dan juga telur masin. Memang enak dimakan ketika berbuka puasa nanti.
Menu Utama
Okay sekarang jom kita tengok menu utama pulak. Pelbagai lauk pauk yang sedap dan variati kat sini. Tunggu pilih jer. Murni sarankan untuk kali permulaan ini kita just ambik rasa jer dulu mana yang sedap. Lepas dah tahu yang mana sedap boleh repeat lagi. Nama pon Buffet kan, sila laa makan sampai kenyang. Di G Hotel Hotel Kelawai ni ada 2 menu buffet, tapi hari yang Murni datang ni menu ini yang disediakan secara tradisional seperti Beef Rendang Minang, Sotong Masak Rempah, Ikan Masak Tempoyak and a traditionally brewed Sup Tulang Berempah Utara dan banyak lagi.
Nasi Kandar Station
Bukan Penang laa kalau buffet takde juadah nasi kandar. So, jangan lepaskan peluang ke stesen Nasi Kandar, menu Pulau Pinang terkenal dengan hidangan seperti Ayam Tandoori, Lamb Kari, Kicap Daging dan Sayur. G Hotel menjemput anda untuk menikmati Ayam/ Ikan Goreng Berempah yang rangup berperisa herba dan rempah yang diperap selama sekurang-kurangnya 3 jam dan digoreng untuk mendapatkan daging lembut juicy / garing dengan lapisan luar yang rangup boleh dinikmati dengan nasi putih atau nasi tomato. Enak sekali .
Action Station
Selain dari stall nasi kandar terdapat banyak lagi stall yang mempunyai chef beraksi. Dan paling popular permintaan ramai, anda boleh menemui G Hotel's Gerai Kambing Golek dan Panggang yang terkenal dengan stik daging lembu, sotong, ayam dan ikan. Kambing Golek dibakar perlahan untuk mengekalkan jus semula jadi sehingga daging lembut dan tertanggal dari tulang. Aroma dan tekstur kambing itu sungguh menakjubkan bahawa ia cair di dalam mulut anda. Satay pon sedap untuk dinikmati. Bukan itu sahaja, G Hotel juga meyediakan bahagian Shawerma dengan roti pita dan gulungan lembut juga. Memang wajib kena cuba.
Pencuci Mulut ( Dessert )
Untuk melengkapkan makan malam anda mestilah dengan pemanis mulut atau lebih dikenali sebagai dessert. Pelbagai pencuci mulut yang disediakan hanya untuk anda. Beberapa dessert terkenal termasuk, Raja buah-buahan yang diidamkan, Kek Keju Durian dan Kek Mousse Durian, Aneka Kuih Melayu, Kek Sarang Lebah atau lebih dikenali sebagai Kek Gula Hangus dan Pengat Labu Manis. Kek Keju Durian berkrim dan Kek Mousse Durian ialah G Hidangan istimewa hotel, yang menggunakan isi tulen Durian sebenar dicampur dengan krim keju. Pengat labu, atau pengat labu, ialah pencuci mulut yang cukup popular terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Manis dan kaya, pencuci mulut labu berkrim ini ada pencinta setia yang menyukai tekstur labu licin yang dicampur santan manis suam dan sedikit sagu.
Untuk memastikan menu menarik dan makanan segar, pasukan kulinari di G Hotel Kelawai akan menukar item pada menu Bufet Ramadhan setiap hari. Oleh itu, selama sebulan ini penuh dengan keterujaan!
Ramadhan Bufet di SPOON G Hotel Kelawai
Harga: RM99 bersih setiap hari dari 2 April hingga 2 Mei 2022.
Jamuan Hari Raya pada 3 dan 4 Mei 2022
Bufet Makan Tengahari: RM138 bersih seorang
Bufet Makan Malam: RM198 bersih seorang.
Kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun mendapat potongan 50% untuk kedua-dua
Buffet Ramadhan serta Jamuan Hari Raya.
Sila layari www.ghotel.com.my atau hubungi +604 238 0000 untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai SPOON dan tawaran lain G Hotel Kelawai.
0 ulasan