Sajian Kembara Desaku - Ramadan Buffet di Royale Chulan Penang
8:27 AMAssalamualaikum..
Dua hari lagi aja lagi umat islam akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan mulia dan dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Kemeriahan pasti kembali dirasai pada tahun ini pabila kita semua sudah boleh kembali untuk menikmati kemeriahan Ramadhan seperti sebelum dunia dilanda fasa pandemik dan PKP. Tahun ini InsyaAllah kita akan dapat menjalani ibadah Terawih di Masjid dan juga menyambut Hari Raya seperti biasa.
Dan pada tahun ini, Hotel Royale Chulan Penang, turut sama memeriahkan Ramadhan dengan menawarkan Buffet Ramadhan dengan bertemakan "Sajian Kembara Desaku". Tawaran ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh umat islam yang berpuasa, malahan rakan-rakan serta kenalan berbangsa/agama lain turut sama boleh memeriahkan suasana berbuka puasa kan3. Ini dapat mengeratkan dan mengukuhkan hubungan silaturrahim semua kaum, InsyaAllah. Baiklah, dengan ini meh sini saya kongsikan bersama para pembaca menu menarik yang ditawarkan di Buffet Ramadhan Sajian Kembara Desaku Di Royale Chulan Hotel Penang.
Pembuka Selera ( Appetizers )
Pembuka selera adalah wajib bila setiap kali berbuka puasa. Sama macam dirumah di kampung. Aneka jenis kerabu (kerabu taugeh, kerabu mangga, acar timun nenas, acar rampai), sambal bilis kacang manis, salad ubi, coleslaw, highland salad, yam soon sen, chicken rolls with beancurd, kurma, aneka jeruk buah, ikan masin, pasembur, ulam-ulaman bersama aneka sambal, dan buah-buahan
Menu Utama ( Main Dish )
Terdapat pelbagai lauk pauk yang sedap. Nasi biryani, nasi tomato, nasi putih, ayam masak rose istimewa, ikan tenggiri berlado, sotong goreng berempah, sambal tumis retak seribu, butter prawn, daging rendang mamak, sayur aneka dan pucuk ubi masak lemak cili padi. Korang wajib datang untuk mencubanya.
Bubur kacang hijau, bubur gandum, bubur kacang hitam, bread butter pudding, aneka puding & jelly, banana chocolate cake, red velvet cake, moist chocolate cake, fruit tartlet, pavlova, creme caramel, chilled fruit cocktail with nata de coco, aneka kuih muih melayu (bengkang ubi kayu, seri muka, donut, cucur badak, kuih lopes).
Live Action Stall ( Outdoor )
Kalau korang yang jenis suka makanan bakar dan goreng panas2, boleh serbu dekat luar cafe ada stall kambing golek, Satay, Roti Jala, Ikan goreng cicah air asam. Terdapat juga gerai ABC dan gerai Teh Tarik. So boleh nikmatinya panas - panas.
Buffet Ramadhan di Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang
Tema : Sajian Kembara Desaku
Tarikh:
Bermula 8 April - 2 May 20212
Harga:
RM98 nett/dewasa, RM68.00 nett/warga emas & kanak-kanak (6-12thn)
Promosi 'early bird'
Buy 8 FREE 2
(belian voucer dari 1-31 Mac 2022)
Buy 8 FREE 1
(belian voucer dari 1 April - 2 May 2022)
Website: royalechulan-penang
Facebook: royalechulanpenang
Instagram:royalechulanpenang
0 ulasan