­
Coretan Murni Alysa : MAKAN MALAM BUFFET MAKANAN LAUT POSEIDON'S KITCHEN DI ROYALE CHULAN PULAU PINANG

MAKAN MALAM BUFFET MAKANAN LAUT POSEIDON'S KITCHEN DI ROYALE CHULAN PULAU PINANG

11:47 PM

Assalamualaikum semua....

Dah lama rasanya Murni tak review buffet di hotel, rasa rindu pulak. Setelah musim PKP berakhir dah beberapa bulan ni. Sekarang dah banyak hotel yang menyediakan buffet makan malam atas permintaan ramai pengungjung. Baru-baruni Murni berkesempatan untuk mencuba makan malam hujung minggu yang special di Royale Chulan Penang bertemakan 'Poseidon's Kitchen', memang best sangat hidangan makanan laut kat sini. Bagi penggemar makanan laut Murni sangat2 rekomen untuk datang sini mencuba pelbagai menu makanan laut disini. Kalau nak datang jangan datang sendiri, bawa laa keluarga dan rakan2 sekali. Mesti kenangan yang tercipta di Poseidon's Kitchen ni takkan mengecewakan anda.



Sebelum Murni teruskan ke juadah hidangan, Murni nak bagitahu Poseidon's Kitchen Weekend Buffer Dinner, Royale Chulan Penang ni akan berlangsung sepanjang tahun 2022 dan juga mungkin akan berterusan pada setiap minggu sehingga pertengahan tahun hadapan. So sape2 yang ada plan nak datang Penang atau ingin menyambut hari special nanti boleh laa cuba untuk dinner disini dalam suasana yang selesa di Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang.Okay jom kita jamu mata dengan pelbagai hidangan yang enak2 di Poseidon's Kithen.


Royale Chulan Pulau Pinang "bekerjasama" dengan Poseidon, Dewa Lautan, untuk membawa persembahan yang paling lazat dari laut terus ke pinggan anda! Mari kita menyelam dalam-dalam dan lihat apa yang telah disediakan oleh lautan untuk ANDA! Yang pastinya korang akan menikmati makan malam yang sangat2 lazat gittew!!! Mulakan jamuan anda dengan beberapa Ketam Bunga segar, Udang Harimau, Kerang, Kerang Hitam dan Hijau dan banyak lagi hasil laut yang sedap.









Terdapat juga pelbagai jenis pembuka dan pembuka selera seperti Salmon Asap, Koktel Makanan Laut, Octopus Jepun dan Dada Itik Salai untuk membangkitkan selera anda. Untuk semua penggemar sushi, anda boleh nantikan pelbagai jenis sushi seperti Daging Ketam, Tuna, Telur, Takuan dan Timun di Hosomaki Sushi corner atau anda juga boleh memilih alternatif yang lebih sihat dengan salad yang menggoda seperti Salad Daging Ketam, Salad Obor-obor, Yam Woon Sen, Salad Somtam dan lain-lain. Para penikmat keju juga akan berbesar hati untuk mencari pilihan keju seperti Brie, Edam, Cheddar, Emmental, Camembert, dan Blue Keju juga ada.










Hidangan Utama

Untuk hidangan utama, pilih daripada menu terhangat termasuk Penang Style Chili Crabs, Salmon Teriyaki di atasnya dengan sayur tumis, Balitong Masak Lemak Cili Padi, Calamari Rings Goreng, Udang Kung Po Tumis Klasik dan Sayur Campur dengan Pasifik kerang. Jika itu tidak mencukupi, tetamu boleh memadankan hidangan utama mereka dengan Seafood Jambalaya & BBQ Chicken Fried Rice.
















Seterusnya, tetamu boleh pergi ke Carving Station untuk mendapatkan pembetulan beberapa Roasted Lamb Leg atau Roasted Chicken yang lazat, Baked Whole Barramundi dan Baked Oyster dengan Citrus Sabayon. Para tetamu juga boleh menyelami harta karun daging dan makanan laut di Mongolian BBQ Station kami untuk mencuba udang panggang, sotong bakar, kerang panggang, udang bakar, kupang panggang, ayam & daging panggang dan lain2.





Atas permintaan ramai, pasukan kulinari juga telah memutuskan untuk membawa balik salah satu best-selling dish iaitu Kari Kepala Ikan yang sangat sedap. Para tetamu akan dapat menikmati hidangan penuh kuasa yang dipenuhi dengan rasa yang mantap dengan pilihan pelbagai kepala ikan seperti Salmon, Ikan Merah dan Siakap.



Pencuci Mulut / Dessert

Memang tak sah kalau buffet kalau takde pencuci mulut. Dan di Poseidon's Kitchen ni memang best kerana terdapat berpuluh2 jenis pencuci mulut seperti pelbagai jenis kuih, pelbagai jenis puding dan kek. Ada juga stall ice cream, stall cendol & ice kacang dan paling best ada stall chocolate fountain. Memang favorite laa semua ni. Tak lupa juga terdapat pelbagai jenis bubur dan sup. So selepas makan hidangan utama kita masih boleh luangkan masa menikmati pencuci mulut sambil minum secawan coffee. Kat sini juga terdapat pelbagai jenis minuman sejuk dan juga panas.



















Okay, setelah Murni mencuba semua masakan di Poseidon's Kitchen ni. Murni sangat2 berpuas hati dengan semua masakan dia. Terutama makanan laut memang fresh dan sedap-sedap belaka. Masih teringat2 kesedapan siput sedut masak lemak dan juga Penang Style Chili Crabs. InsyaAllah kalau ada rezeki pasti akan repeat lagi. 




Okay, disini Murni share Harga Bufet "Poseidon’s Kitchen Seafood Buffet Dinner" di Royale Chulan Penang. Selamat mencuba.


"𝗣𝗼𝘀𝗲𝗶𝗱𝗼𝗻'𝘀 𝗞𝗶𝘁𝗰𝗵𝗲𝗻 𝗦𝗲𝗮𝗳𝗼𝗼𝗱 𝗕𝘂𝗳𝗳𝗲𝘁 𝗗𝗶𝗻𝗻𝗲𝗿" boleh dinikmati hanya pada setiap hari 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 dan 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 berlangsung sehingga hujung tahun ni. So masih sempat kalau nak planning untuk dinner disini nanti.

Waktu: 6.30pm to 10.00pm
Harga : RM 98.00+ ( dewasa )
RM 78.00+ ( warga emas )
RM 68.00+ (6 - 12yrs child )
FREE (1 - 5yrs child)

Untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi:
04-2598888 𝗲𝘅𝘁 8910 atau WhatsApp ke 016-3303408.

Alamat :

𝗥𝗼𝘆𝗮𝗹𝗲 𝗖𝗵𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴
1-2 Pengkalan Weld,
Georgetown, 10300
Pulau Pinang

Untuk sebarang info dan Promosi boleh follow link dibawah:

Website : www.royalechulan.com
Facebook : https://www.facebook.com/royalechulanpenang/
Instagram : https://www.instagram.com/royalechulanpenang/.











































 

Artikel Menarik Yang Lain

1 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang