­
Coretan Murni Alysa : Restoran Ayam Goreng Kee Chap | Kafe Baru di Penang

Restoran Ayam Goreng Kee Chap | Kafe Baru di Penang

4:41 PM

Assalamualaikum semua..apa khabar?? Semoga baik2 sahaja..


Dah lama tak update Blog kesayangan. Harini Murni nak update satu kafe yang baru saja dibuka di Georgetown Penang pada bulan Disember haritu. Nama Kafe tersebut adalah Restoran Ayam Goreng Kee Chap. Jom kita tengok apa menu yang menarik dekat sini.




Firstly Murni betul2 suka konsep kafe ni yg menampilkan idea tempat makan2 dengan style Cozy Idea..Paling best bila lepak2 santai sambil makan di kerusi picnic ala2 garden seating. Memang best tau. Korang wajib cuba datang sini kalau dah berada di Georgetown. Parking lot pon banyak dan berdekatan.


Okay jom kita review food dekat Kafe ni. Dah nama kedai pon Ayam Goreng Kee Chap, mesti laa setiap menu ada Ayam Goreng Kicap. Memang style laa food kat sini dan lain dari yang lain. Sebenarnya resipi ayam goreng kicap ni resipi turun temurun since 1998 dan merupakan Chinese Cuisine. Tapi memang menepati tekak Melayu dan pelbagai bangsa. InsyaAllah.


Jom tengok apa yang kami order petang tu:

Nasi goreng Ayam Goreng Kee Chap - RM9.90

*Portion besar puas hati makan. Set ini ada ada nasi goreng, ayam goreng kee chap, sayur, sup dan juga cili kicap & sos cili special yg dibuat sendiri oleh kafe. 


Maggi goreng Ayam Goreng Kee Chap - RM 9.90

*Portion besar puas hati makan. Set ini ada ada Maggi goreng, ayam goreng kee chap, sayur, sup dan juga cili kicap & sos cili special yg dibuat sendiri oleh kafe. 

Selain dari makanan, ada juga snek seperti Keropok Lekor yg sedap ( Original dari Terengganu ) dan Goreng Pisang Kee Chap celup coklat cair ( Digoreng dengan Signature Kee Chap batter ). Memang sedap layan petang2 sambil sembang2 dgn kawan.

Keropok Lekor Ori Terengganu - RM 7.90

Pisang Goreng Kee Chap - RM 8.90

Haritu kami minum Iced Tea & Lemonade. Just tambah RM3 kita akan dapat Free Flow drink. Memang berbaloi2.



Masa nak bayar ternampak botol sos cili Kee Chap ni. Rupanya mereka jual. So kami beli laa sebotol sebab sos cili dia sedap. Boleh laa makan kat rmah nanti. Sebotol ni RM13 sahaja.


So korang kalau nak datang boleh follow details kat bawah okay!!



Alamat:
Restoran Ayam Goreng Kee Chap
No 172, Lebuh Mc Nair, Georgetwon, Penang (berdekatan Deen Maju)
Tel : +6012 - 458 1427

Waktu Operasi : 
Isnin hingga Sabtu - Setiap hari: 11 pagi - 3 petang & 6 petang - 10 malam
Ahad - TUTUP






 

Artikel Menarik Yang Lain

0 ulasan

S Pink Premium Pointer

Life Traffic Feed

Chat Box

Nuffnang